
KURSUS
ASAS FOTOGRAFI DIGITAL
EDISI KHAS KUCHING SARAWAK
(AFDK)
Kuasai pengetahuan teknikal dalam asas fotografi digital.
Kemahiran ini akan membuka jalan kepada anda untuk menghasilkan gambar
seperti yang anda kehendaki. Kursus paling popular ini kini diadakan di Kuching, Sarawak. |
Adakah anda sudah puas membaca buku manual kamera anda dan buku fotografi tetapi masih belum faham sepenuhnya tentang cara mengawal kamera anda? |
Adakah hasil foto yang anda rakam tidak seperti yang anda kehendaki? |
Adakah anda ingin dibimbing oleh seorang guru dengan cara yang sistematik, cepat dan mudah tanpa membuang masa dengan trial and error? |
Jika jawapan anda adalah 'ya' bagi situasi di atas, anda mesti hadir ke program ini! |
| MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM |
| Program |
Kursus
Asas Fotografi Digital, Kuching, Sarawak |
| Kod program |
AFDK |
| Jurulatih |
Hasnuddin Abu
Samah / Kaharuddin Samad (Bergantung kepada kelapangan masa jurulatih) KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BIODATA JURULATIH |
| Durasi |
2
hari |
| Masa |
8.00 pagi - 5.00 petang |
| Bahasa
perantara |
Bahasa
Melayu |
| Jumlah
peserta |
Eksklusif
untuk 30 orang sahaja |
| Objektif |
Untuk
membolehkan peserta mengawal fungsi kamera DSLR sepenuhnya bagi mendapatkan hasil foto seperti yang dikehendaki |
| Siapa patut hadir |
| Individu yang ingin mempelajari asas kawalan kamera DSLR dari kalangan: |
| 1) |
Pelajar IPTA/IPTS yang menggunakan media fotografi |
| 2) |
Individu yang ingin jadikan fotografi sebagai hobi |
| 3) |
Individu yang ingin jadikan fotografi sebagai sumber pendapatan |
| 4) |
Jurufoto untuk Jabatan Kerajaan atau Syarikat Swasta |
|
| Syarat
penyertaan |
Untuk
peserta yang belum mempunyai asas teknikal fotografi sahaja
Sila jawab soalan di sini bagi mengetahui tahap kefahaman anda mengenai asas fotografi |
| Persediaan sebelum hadir program |
| 1) |
Kenali kawalan kamera anda seperti mengenali butang kawalan aperture, shutter, ISO dan sebagainya |
| 2) |
Senaraikan masalah dan soalan yang yang ingin anda tanya mengenai asas fotografi |
|
| Peralatan
yang perlu dibawa |
| 1) |
Kamera DSLR sebarang jenama |
| 2) |
Lensa |
| 3) |
Buku manual kamera |
| 4) |
Flash (jika ada) |
|
| ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI: |
| 1 |
PENGENALAN
FOTOGRAFI
Sedikit sejarah ringkas fotografi dari zaman analog hingga ke
era digital. Fahami perbezaan, kebaikan dan kelemahan teknologi
yang berbeza. Ketahui rahsia amalan jurugambar era filem yang lebih
memfokus kepada kemahiran dan seni, bukannya teknologi semata-mata.
|
| 2 |
KAWALAN
ASAS KAMERA
Mengenal bahagian-bahagian kamera serta fungsi asasnya. Cara pengendalian
yang betul, penjagaan serta keselamatan. Juga mengenai asas tangkapan
imej melalui CCD atau CMOS serta teknologi penyimpanan data seperti
RAW, TIFF dan JPEG. Fahami secara umum format dan teknologi kamera
seperti 35mm/full frame SLR serta APS size DSLR |
| 3 |
APERTURE
Teori f/number, f/stop dan ciri-ciri aperture yang berlainan serta kesannya kepada depth-of-field. |
| 4 |
SHUTTER
Teori shutter speed, shutter stop, pergerakan vs shutter, teknik mengelakkan gambar goyang dan kaitan focal
length dengan shutter speed. |
| 5 |
ISO
Penggunaan ISO, ciri-ciri ISO yang berbeza, panduan pelarasan ISO
serta kaitan ISO dengan exposure. Fahami hubungan antara picture noise, exposure dan image contrast. |
| 6 |
FOCAL
LENGTH
Teori mm dalam focal length, kefahaman angle of view,
perspektif, depth serta ciri-ciri berbeza untuk setiap focal
length. Teknik penggunaan lensa yang sesuai untuk setiap situasi
yang tertentu. Teknik penggunaan lensa untuk composition yang terbaik.
Teknologi dan kualiti lensa juga akan dibincangkan. |
| 7 |
FOCUSING
TECHNIQUES
Memahami kawalan Manual dan Auto Focus serta
caranya berfungsi. Fungsi kawalan Single dan Continuous
AF. Pelajari teknik pantas pre-focus dan mengagak jarak
serta kaitannya dengan depth-of-field. |
| 8 |
DEPTH
OF FIELD
Medan fokus dan kaitannya dengan aperture, focal
length dan focusing distance. Teknik mendapatkan shallow atau great depth-of-field. Juga membincangkan kegunaan depth-of-field dalam penghasilan gambar. |
| 9 |
COLOUR
TEMPERATURE
Teori asas suhu warna yang disukat dalam unit Kelvin. Kenali
pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna. Ketahui berbagai
jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan white balance yang sempurna. |
| 10 |
EXPOSURE
METER
Fahami sifat dan fungsi built-in exposure meter serta kaitannya
terhadap highlight, shadow, incident dan reflected light.
Teknik alternatif kepada exposure meter dengan cara menganalisis
cahaya menggunakan deria mata, LCD preview dan histogram. |
| 11 |
METERING
PATTERN
Fahami spot meter, centre weighted dan matrix/evaluative metering
untuk mendapatkan exposure yang tepat setiap masa. |
| 12 |
EXPOSURE
MODE
Fahami tentang manual exposure mode, aperture priority/aperture
value, shutter priority/time value, program dan sebagainya.
Fahami kaitan setiap exposure mode dengan metering pattern,
exposure compensation, flash compensation serta auto
exposure mode. Fahami exposure stop dari 1/3 stop, 1/2 stop hingga full stop. Kuasai kemahiran penggunaan manual exposure mode untuk hasil yang cepat dan tepat. |
| 13 |
MENDAPATKAN PERFECT EXPOSURE
Kesimpulan dari keseluruhan subjek merangkumi aperture,
shutter, ISO, exposure meter, metering pattern dan exposure
mode untuk mendapatkan kualiti exposure terbaik. Pelajari
juga bagaimana mengenalpasti perfect exposure dan cara mudah
untuk mendapatkannya. |
| Dengan
peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi
dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain
yang berkaitan yang akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek
yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan
seperti di atas semata-mata. |
| PROGRAM LEPAS |
| Antara foto peserta dari program yang telah diadakan: |
|
| Antara testimoni dari peserta: |
"Selama ini saya menggunakan DSLR dengan setting auto sepanjang masa. Kursus ini memberi pengetahuan bernilai tentang
terma-terma dalam fotografi digital. Selepas ini saya boleh menggunakan
DSLR saya seoptima mungkin agar pelaburan lebih mendatangkan hasil
yang diimpikan."
(Azman Yaacob)
"Secara
keseluruhannya penceramah tidak lokek dengan ilmu yang beliau
ada dan beliau cuba menjawab setiap pertanyaan sebaik mungkin
berserta dengan demo. Banyak perkara dan ilmu yang dapat dikongsi
melalui program ini." (Hazrina Ashaari)
"Hasnuddin
seorang jurugambar yang tidak lokek ilmu. Walaupun hanya kursus
asas, namun setiap soalan yang berkaitan advance level juga dijawab dan diterangkan secara detail." (Masuzilani)
"Pengalaman
Cikgu Hasnuddin yang luas membantu memberi penerangan ke atas
setiap permasalahan saya di dalam bidang ini. Kesudiannya berkongsi
pengalaman memudahkan saya memahami bidang ini dengan lebih mendalam." (Mohamad Jasni b. Mat Nayan)
"Kursus
fotografi ini telah memberikan banyak maklumat yang susah untuk
kita dapat dengan hanya membaca buku." (Muhammad Zulpadhli) |
Untuk melihat lebih banyak foto dan testimoni mengenai program yang telah diadakan, SILA KLIK DI SINI
|
| SENARAI PENYERTAAN JABATAN KERAJAAN DAN SYARIKAT SWASTA |
Antara senarai
Jabatan Kerajaan dan Syarikat Swasta yang telah menghantar peserta
ke program FOTOTEACHER:
| Tourism Malaysia |
Universiti Malaysia Pahang |
| Telekom Malaysia Berhad |
Universiti Malaysia Sabah |
| Tenaga Nasional Berhad |
Universiti Teknikal Melaka |
| Jabatan Perdana Menteri |
UNISEL |
| Bank Negara Malaysia |
Lembaga Pelabuhan Bintulu |
| Petronas Carigali |
Malaysian Palm Oil Board |
| Jabatan Audit Negara |
FELCRA Berhad |
| SME Bank |
Kementerian Kerja Raya |
| Pos Malaysia |
Bank Muamalat |
| Perpustakaan Negara |
Affin Bank |
| MeCD |
KLiUC |
| Keretapi Tanah Melayu Berhad |
Credit Guarantee Corporation |
| International Islamic University |
Universiti Sains Malaysia |
| Universiti Putra Malaysia |
NAHRIM |
| Universiti Malaysia Terengganu |
MISC |
|
| NILAI UNTUK WANG ANDA |
| 1 |
Jurulatih terdiri dari jurufoto profesional yang mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 10 tahun dalam bidang fotografi |
| 2 |
Jumlah
peserta yang kecil, membolehkan jurulatih memberikan tumpuan yang
lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan |
| 3 |
Pembantu jurulatih disediakan sekiranya jumlah peserta melebihi 15 orang bagi menjamin proses pembelajaran yang lebih cekap dan cepat |
| 4 |
Anda
berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada
setiap bahagian pelajaran |
| 5 |
Alat
bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan |
| 6 |
Demo
akan diadakan apabila perlu, untuk kefahaman yang lebih baik |
| 7 |
Nota
kursus akan diberikan kepada setiap peserta |
| 8 |
Ujian
kefahaman akan diadakan pada akhir setiap bahagian |
| 9 |
Perbincangan
terperinci kepada setiap soalan ujian bagi memastikan setiap peserta
benar-benar memahami setiap subjek yang diajar |
| 10 |
Sijil
penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta |
| 11 |
Jamuan
ringan setiap 2 jam. Makan tengahari juga disediakan |
| 12 |
Peserta secara otomatik akan menjadi ahli kelab fototeacher dan akan mendapat harga diskaun istimewa untuk program lain yang akan diadakan. |
| YURAN PENYERTAAN |
| HARGA BIASA |
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA
Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat
|
RM1600.00
seorang |
HARGA BIASA INDIVIDU
Anda boleh buat bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula |
RM950.00
seorang
|
HARGA DISKAUN
Anda layak mendapat diskaun seperti yang dinyatakan sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari kategori yang dinyatakan di bawah. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum hadir bagi mendapat diskaun. |
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500. Tidak sah untuk pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O. |
RM850.00
seorang
|
PESERTA DARI LUAR KUCHING
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuching. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya |
PENYERTAAN BERKUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam
satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program |
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini |
HARGA DISKAUN EARLY BIRD
Sekiranya anda buat bayaran penuh sebelum 9 April 2010 |
RM750.00
seorang
|

Semua harga tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran. |
| MESEJ
DARI FOTOTEACHER |
Kecanggihan
teknologi digital dan kebijaksanaan kamera ketika ini dicipta
sekadar untuk memudahkan kerja jurugambar. Tetapi, tanpa pengetahuan
asas fotografi yang kukuh, seseorang jurugambar tidak akan dapat
menghasilkan gambar seperti yang diinginkan. Walau secanggih mana
sekalipun kamera anda, anda sepatutnya boleh mengawal kamera anda,
bukan kamera yang mengawal anda!
Dengan pengalaman kami sebagai jurugambar profesional, kami akan
mengajar subjek-subjek asas fotografi yang benar-benar penting
dan praktikal dalam situasi fotografi terkini. Dengan modul yang
ringkas dan padat, anda dapat menjimatkan masa dan wang anda.
Sekiranya anda mampu membelanjakan ribuan ringgit untuk membeli
kamera digital anda, anda patut membelanjakan beberapa ratus ringgit
sahaja lagi untuk mendapatkan ilmu asas fotografi yang dapat anda
gunakan di sepanjang hidup anda.
Hadiri kursus ini, jangan biarkan kebuntuan teknikal menjadi penghalang
untuk anda merealisasikan imaginasi anda!
Jumpa anda nanti!
Hasnuddin
Abu Samah,
FOTOTEACHER.COM |
| PENTING |
| Bayaran tidak perlu dibuat serta merta. Daftar dahulu, kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih berminat. |
| Kami juga
boleh mengadakan kursus khas di tempat anda atau mengadakan latihan fotografi khusus berdasarkan keperluan anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. |
| Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com |
| Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas. |
|