PENDAFTARAN TELAH DITUTUP
Kami mendapat sambutan yang amat menggalakkan untuk bengkel ini. Dalam masa 2 hari dilancarkan, kesemua 50 tempat duduk telah dipenuhi. Pendaftaran telah ditutup. Harap maaf.

BENGKEL FOTOGRAFI - ASAS POTRET PERKAHWINAN (APP) Tarikh: 29 Mac 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang




Poster Rasmi Pesta Perkahwinan Putrajaya

BENGKEL FOTOGRAFI - ASAS POTRET PERKAHWINAN (APP)

Bengkel fotografi khas anjuran Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya dengan kerjasama fototeacher.com, sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya.

Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya akan menaja kos utama untuk Bengkel Fotografi ini, anda cuma perlu membayar yuran pendaftaran sebanyak RM30.00 sahaja!


MAKLUMAT TERPERINCI KURSUS

Program Bengkel Fotografi - Asas Potret Perkahwinan
Kod Program APP
Penceramah Utama Hasnuddin Abu Samah
Durasi 1 hari
Tempat Bilik Latihan, PICC, Putrajaya
Bahasa perantara Bahasa Melayu dan Inggeris
Jumlah peserta Eksklusif untuk 50 orang sahaja
Siapa patut hadir Untuk jurugambar baru yang berminat untuk menjadi jurugambar perkahwinan. Bengkel ini akan memberi penekanan pada teknik merakam gambar potret pengantin.
Peralatan yang perlu dibawa Set kamera digital SLR, flash dan reflector (jika ada)


ANTARA TAJUK-TAJUK DALAM BENGKEL

01 Kepentingan dan objektif potret perkahwinan
02 Peralatan penting untuk fotografi potret
03 Asas teknik fotografi potret
04 Aspek artistik dalam fotografi potret
05 Pencahayaan potret
06 Komunikasi dan pengarahan
07 Memahami kualiti dan piawaian gambar potret


ATURCARA BENGKEL


08.30 pagi Pendaftaran
09.00 pagi Pengenalan Potret Fotografi Perkahwinan
09.30 pagi Sesi Merakam Gambar Potret (Asas)
10.30 pagi Minum pagi
11.00 pagi Persembahan Gambar & Sesi Kritik 1
12.00 tengahari Kelas Asas Teknik Fotografi
01.00 petang Makan Tengahari
02.00 petang Kelas Fotografi Potret
03.00 petang Sesi Merakam Gambar Potret (Lanjutan)
04.00 petang Minum petang
04.30 petang Persembahan Gambar & Sesi Kritik 1
05.30 petang Penyampaian sijil & bersurai


BIODATA PENCERAMAH UTAMA


Nama Hasnuddin Abu Samah
Kelulusan Diploma Fotografi UiTM
Majoring - Advertising Photography
Minoring - Fine Art Photography


Foto oleh Abe - www.adan.biz

Hasnuddin mula bergiat dalam fotografi sejak dari usia 10 tahun lagi. Selepas mendapat pendidikan formal dalam bidang fotografi di UiTM pada tahun 1993, beliau terus berguru dari beberapa orang jurugambar profesional dari berbagai bidang fotografi. Pengalaman bekerja di syarikat penerbitan dan stesen TV telah menjadikan beliau lebih versatile dalam bidang ini.

Di kalangan rakan-rakan jurugambar, Hasnuddin dikenali sebagai seorang yang amat memahami teori asas fotografi dan berkebolehan memberikan kefahaman yang jelas terhadap perkara teknikal yang mengelirukan.

Pada tahun 2002, beliau menubuhkan Adan Impresif (kini dikenali sebagai Adan Cameraworks), sebuah syarikat yang memberikan khidmat eksklusif fotografi dan videografi khusus untuk majlis perkahwinan. Adan Impresif merupakan salah sebuah syarikat perintis di Malaysia dalam bidang fotografi perkahwinan dan menjadi antara pencetus perkembangan industri foto kahwin di Malaysia.

Hasnuddin juga merupakan antara jurugambar rasmi untuk majlis perkahwinan Siti Nurhaliza dan ramai tokoh-tokoh koprat yang menginginkan kualiti gambar yang terbaik. Malah, beliau juga pernah memberikan khidmat fotografi di luar negara kepada pelanggan antarabangsa.

Hasil karya beliau juga pernah tersiar dalam berbagai media di dalam dan luar negara seperti City Wedding Tokyo, Bridal Gallery, Bridal Guide, Malaysia Tatler, The Sun, Kosmo!, Berita Harian, Harian Metro, Pesona Pengantin, Majalah Perempuan, Diva, Harmoni dan lain-lain lagi.

Selain dari karya fotografi, karya penulisan Hasnuddin juga pernah disiarkan dalam majalah Pesona Pengantin, Kosmo! dan majalah Perempuan.

Hasnuddin telah berpengalaman selama lebih dari 12 tahun sebagai profesional dalam bidang fotografi.



Untuk melihat hasil karya fotografi Hasnuddin, sila klik link di bawah http://www.adan.biz/hasnuddinsportfolio/

Untuk membaca hasil penulisan Hasnuddin, sila ke - http://www.fototeacher.com/blog



Antara gambar potret perkahwinan yang dirakam oleh Hasnuddin


Lain-lain program fotografi anjuran fototeacher.com:

1) Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)
2) Bengkel Portable Flash (BPF)
3) Bengkel Asas Photoshop (BAP)
4) Kursus Asas Videografi Digital (AVD)
5) Seminar FOTOINSPIRASI (FI)


fototeacher.com akan mengadakan banyak lagi program lain dari masa ke semasa. Jika anda ingin diberitahu secara otomatik melalui e-mel tentang maklumat terbaru, sila langgan newsletter percuma kami di - http://www.fototeacher.com/subscribe.htm

YURAN PENYERTAAN
BENGKEL FOTOGRAFI - ASAS POTRET PERKAHWINAN (APP)
Tarikh: 29 Mac 2009 (Ahad)
Masa: 9.00 pagi - 5.30 petang

Yuran pendaftaran
RM30.00 seorang
Yuran pendaftaran tidak akan dikembalikan jika anda gagal hadir pada tarikh yang telah ditetapkan. Namun, anda boleh wakilkan rakan lain untuk menggantikan tempat anda.

PENTING
Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas.


Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com