bengkel portable flash

BENGKEL PORTABLE FLASH (BPF)
(Sambungan Kursus Asas Fotografi Digital - AFD)


lastolite


Pelajari asas pencahayaan secara hands on dengan menggunakan portable flash*. Latihan terperinci untuk dapatkan hasil yang baik dengan cara yang murah, mudah dan cepat. Sesuai dihadiri oleh jurugambar perkahwinan, jurugambar event dan peminat fotografi umum yang ingin mempelajari asas pencahayaan portable flash.

*Portable flash - flash yang boleh dipasang di atas kamera yang menggunakan kuasa bateri.
Adakah anda masih keliru dengan berbagai butang kawalan pada flash anda dan masih tidak memahami fungsi sebenar berbagai kawalan flash?
Adakah anda ingin ketahui cara merakam foto menggunakan flash tanpa menjadikan latarbelakang terlalu gelap atau terlalu cerah?
Adakah setiap kali anda menggunakan flash, foto yang dihasilkan kelihatan tidak natural dan tidak menarik?
Adakah anda ingin tahu peralatan dan aksesori flash yang murah tetapi mudah dikendalikan untuk mendapatkan foto yang berkualiti?
Adakah anda ingin tahu cara mendapatkan hasil pencahayaan menarik seakan menggunakan 3 unit flash walaupun anda cuma menggunakan 1 unit flash sahaja?

Adakah anda ingin mengetahui rahsia teknik flash yang biasa digunakan oleh jurufoto perkahwinan dan jurufoto event berpengalaman bagi membolehkan anda menggunakan flash dengan pantas tetapi mendapat hasil yang cantik?

Jika jawapan anda adalah 'ya' bagi situasi di atas, anda mesti hadir ke program ini!

PERHATIAN:
Bengkel Portable Flash (BPF) ini telah dipendekkan dari 2 hari kepada 1 hari sahaja. Subjek di dalam bengkel ini juga telah dikemaskini dan dipadatkan bagi memberikan nilai terbaik untuk wang anda.


MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
Program Bengkel Portable Flash (BPF)
Jurulatih Utama Hasnuddin Abu Samah / Kaharuddin Samad
Durasi 1 hari
Masa 9.00 pagi - 6.00 petang
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Eksklusif untuk 20 orang sahaja untuk setiap bengkel
Syarat penyertaan Peserta mestilah telah mempunyai kefahaman asas fotografi. Untuk memastikan anda telah menepati syarat ini, sila jawab soalan penilaian kelayakan DI SINI
Peralatan penting yang perlu dibawa

1) Set kamera digital SLR
2) flash dengan rotating head
3) Buku manual flash anda
Sebelum hadir ke bengkel ini, anda dinasihatkan untuk mengetahui setiap kawalan yang ada pada flash anda.

Siapa yang patut hadir Jurugambar perkahwinan, jurugambar event dan peminat fotografi umum yang ingin mempelajari asas pencahayaan menggunakan portable flash
Objektif Untuk memberikan kefahaman teknikal yang kukuh kepada setiap peserta mengenai asas pencahayaan fotografi menggunakan flash.
Kami juga boleh mengadakan kursus di tempat anda. Hubungi kami untuk maklumat lanjut.


ANTARA SUBJEK DALAM KURSUS
1 Pengenalan
Teori asas tentang cahaya seperti Inverse Square Law, pantulan cahaya, serapan cahaya, serakan cahaya dan suhu warna. Ketahui juga kaitan shutter speed dengan flash yang mempengaruhi exposure. Mengapa cahaya penting dalam fotografi dan apakah kesan yang perlu kita perolehi dengan penggunaan flash.
2 Kenali Flash Secara Teknikal
Bagaimana flash berfungsi dan kaitannya dengan flash synchronization. Apakah Guide Number, fungsi dan kawalan Zoom Head, kawalan flash secara Manual, TTL, Auto, Flash Compensation dan sebagainya. Bagaimana setiap flash mode berfungsi dan kegunaannya. Cara menjimatkan bateri dan mempercepatkan masa recycle untuk bateri flash.
3 Built-In Flash
Flash Compensation, mini diffuser dan adunan built-in flash dengan cahaya semulajadi. Walaupun built in flash mempunyai kemampuan yang terhad, namun pada keadaan yang  tertentu, ianya sangat membantu, contohnya apabila flash utama tidak berfungsi, anda ingin blend-in atau apabila anda ingin travel light. Pelajari juga bagaimana untuk ‘mencuri’ cahaya flash dari jurugambar lain sekiranya flash anda tidak berfungsi.
4 Teknik Penggunaan On-Camera Flash
Mengenai teknik penggunaan flash yang dipasang di atas kamera, dimana, jurugambar sentiasa bergerak dan perlu bekerja dengan cepat. Pelajari bagaimana meminimumkan bayang walau menggunakan direct flash. Untuk mendapatkan kesan cahaya flash yang semulajadi dengan cara yang mudah, cepat dan berkesan, anda juga akan diajar tentang teknik penggunaan diffuser, bounce-card, bounce flash dan reflector. Teknik ini sesuai untuk merakam gambar perkahwinan dan event.
5 Adunan Cahaya Flash dengan Cahaya Semulajadi
1) Untuk mendapatkan kecerahan yang sama diantara subjek dan latarbelakang menggunakan kawalan flash dan shutter speed yang sesuai. 2) Untuk menjadikan cahaya flash lebih semulajadi dengan adunan cahaya sedia ada. 3) Untuk membolehkan penggunaan shutter speed yang sangat perlahan bagi subjek yang bergerak dan dalam masa yang sama untuk menunjukkan kesan pergerakan yang menarik. (Slow shutter panning + fill-in flash)  4) Teknik fill-in flash bagi menghilangkan bayang ketika merakam gambar di bawah panas terik. Fahami lighting ratio – 1:1, 1:2, 1:3 dan sebagainya untuk fill-in flash.
6 Teknik Penggunaan Off-Camera Flash
Untuk mendapatkan sudut cahaya yang lebih tepat, flash tidak dipasang di atas kamera (off-camera flash). Dengan penggunaan TTL cord, slave unit atau CLS, anda boleh pancarkan flash dari berbagai sudut untuk hasil terbaik. Pelajari juga cara penggunaan aksesori flash untuk memberi kesan cahaya yang berbeza seperti menggunakan soft box, diffuser, umbrella dan reflector. Teknik ini sesuai untuk merakam gambar potret dan juga still life.
7 Pencahayaan Lebih dari 1 Flash
Pelajari asas pencahayaan dengan 3 flash untuk main light, fill-in light dan background light serta kaitannya dengan lighting ratio. Anda tidak perlu ada 3 flash untuk guna teknik ini, cukup sekadar 1 flash yang digandingkan dengan sumber cahaya lain. Fahami konsep high-key dan low-key. Pelajari teknik asas tentang sudut pencahayaan yang betul untuk rakaman potret seperti rembrant, side light dan top light. Pelajari juga cara setting cahaya untuk rakaman gambar still life. Anda juga akan diajar teknik ‘painting with light’ yang memberikan kesan seolah-olah menggunakan banyak flash walaupun anda hanya menggunakan 1 flash.
8 Aksesori Pencahayaan
Memperkenalkan dan menunjukkan cara penggunaan aksesori penting untuk pencahayaan seperti TTL cord, bounce card, diffuser, umbrella, CLS remote commander, light stand, reflector, reflector holder, super clamp, color gel dan lain-lain.
Dengan peserta berjumlah kecil dan konsep kursus yang semi formal, interaksi dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain yang berkaitan yang akan disentuh dalam bengkel ini. Jadi, subjek yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan seperti di atas semata-mata.


CONTOH FOTO DENGAN TEKNIK PENGGUNAAN FLASH YANG BERKESAN:
(Semua gambar hakcipta Hasnuddin Abu Samah & www.adan.biz)


Rakaman gambar potret dengan on-camera bounce flash bersama reflector. Menghasilkan gambar dengan cahaya lembut dan kelihatan natural. Teknik mudah dengan hasil yang baik.


Rakaman gambar menggunakan 2 flash/sumber cahaya bersama reflector. Berfungsi sebagai main light, fill-in light dan backlight. Memberi kesan 3D serta dapat menjadikan subjek lebih menonjol.


Rakaman gambar dengan on-camera flash bersama bouce card. Dirakam dengan slow shutter speed bagi mengadun cahaya semulajadi dengan cahaya flash. Memberi kesan gambar yang natural dan mampu menampilkan mood cahaya semulajadi dengan lebih baik.


Rakaman gambar menggunakan off-camera flash bersama sumber cahaya semulajadi untuk kesan yang lebih realistik. Kawalan flash dan shutter speed dibuat secara manual.


Rakaman menggunakan fill-in flash dengan slow shutter speed bagi menunjukkan pergerakan subjek sambil mengekalkan cahaya semulajadi. Fill-in flash berperanan untuk menunjukkan detail dan menaikkan subjek utama yang sedang bergerak.

silat keris dengan penggunaan flash
Rakaman menggunakan 2 unit flash dan color gel kuning bagi menampakkan mood cahaya yang lebih dramatik

Semua teknik ini dan banyak lagi teknik lain akan anda pelajari dalam bengkel ini!

GAMBAR-GAMBAR SEMASA BENGKEL LEPAS:



Saudara Jaggat selaku Jurulatih Bersama, sedang menerangkan teknik flash dan lensa yang betul untuk merakam gambar potret.


Sesi praktikal dijalankan secara terperinci untuk setiap bahagian pelajaran


Peserta bengkel bergambar bersama model dan jurulatih.
Untuk muat turun gambar di atas dalam saiz besar, sila ke - http://fototeacher.com/BPFgroupphotolarge12&13April08.JPG


ANTARA TESTIMONI DARI PARA PESERTA PROGRAM LEPAS:

"Bengkel yang sangat baik untuk memperbaiki mutu gambar menggunakan flash"

- Mohd. Hisham Bin Mohd. Ibrahim

"Saya amat berpuas hati dengan program ini. Saya dapat memperbaiki kawalan cahaya dan banyak perkara baru yang dapat saya pelajari mengenai flash. Terima kasih kepada fototeacher.com"
- Sri Haryanti Kasim

"Program ini amat menyeronokkan kerana ada banyak sesi praktikal. Harap fototeacher.com dapat terus adakan program lain yang seumpamanya"
- Zahirudin Suprabto

"Program yang mendedahkan peserta dengan penggunaan flash secara manual dengan hasil yang terbaik. Saya rasa lebih yakin untuk merakam gambar menggunakan flash setelah menghadiri bengkel ini"
- Nur Sophian bin Rifin

"Jurulatih memberikan kerjasama yang amat baik demi memastikan setiap peserta benar-benar faham tentang apa yang diajar. Tips-tips flash photography yang disampaikan juga sangat berguna"
- Taufik


Untuk melihat lain-lain testimoni dan gambar program lepas, sila ke - http://fototeacher.com/blog/?cat=15

NILAI UNTUK WANG ANDA
1 Jumlah peserta yang kecil (Maksima 20 orang), membolehkan penceramah memberikan tumpuan yang lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan
2 Anda berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada setiap bahagian pelajaran
3 Pembelajaran secara praktikal untuk kefahaman yang lebih baik
4 Alat bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan
5 Nota kursus akan diberikan kepada setiap peserta
6 Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta
7 Jamuan ringan setiap 2 jam (Makan tengahari disediakan)
8 Jaminan pasti faham atau anda boleh hadir semula ke program yang sama cuma dengan bayaran RM50 sahaja!

YURAN PENYERTAAN
HARGA BIASA
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA
Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat
RM1500.00
seorang
HARGA BIASA INDIVIDU
Anda boleh buat bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula
RM750.00
seorang

HARGA DISKAUN
Anda layak mendapat diskaun seperti yang dinyatakan sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari kategori yang dinyatakan di bawah. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum hadir bagi mendapat diskaun.
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500. Tidak sah untuk pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O.
RM650.00
seorang

PESERTA DARI LUAR KUALA LUMPUR
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya
PENYERTAAN BERKUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini
kami menerima visa dan mastercard
  • KAMI MENERIMA BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT VISA DAN MASTERCARD SECARA ONLINE! UNTUK MAKLMUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 03-91017155 / 012-3937155 ATAU E-MEL SALES@FOTOTEACHER.COM
  • Semua harga tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran.

MESEJ DARI FOTOTEACHER

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saudara/saudari yang dihormati,

Bengkel Portable Flash ini kami adakan bagi memenuhi permintaan ramai. Memang diakui, untuk mendapatkan hasil gambar yang baik menggunakan flash bukannya mudah jika anda tidak faham caranya. Untuk mempelajarinya dari buku sahaja tidak mencukupi. Sebab itulah kami mengajarnya dalam bengkel ini yang terdiri dari 70% pelajarannya disampaikan secara praktikal. Jumlah peserta dihadkan kepada 20 orang sahaja bagi memastikan setiap peserta mendapat kefahaman yang maksima.

Kami percaya kepada latihan yang berkualiti, bukan kuantiti. Kami tidak mengajar semua perkara serba sedikit, tetapi kami mengajar subjek yang spesifik secara mendalam. Itulah kekuatan FOTOTEACHER.COM.

Pengalaman saya selama lebih dari 15 tahun akan dikongsi bersama anda. Sepanjang karier saya, saya telah mempelajari, bereksperimen dan mempraktikkan berpuluh-puluh teknik flash. Dalam bengkel ini, saya akan sampaikan hanya teknik-teknik terbaik yang cepat, murah dan praktikal. Jadi, anda tidak perlu melalui kesukaran seperti yang telah saya lalui.

Selain dari pengalaman yang ada, saya mengambil masa yang lama untuk menyiapkan syllabus dan nota untuk bengkel ini. Ini bagi memastikan pelajaran dapat disampaikan secara tersusun dan berkesan. Syllabus yang baik juga menjamin pemahaman yang jelas dan penggunaan masa yang pendek tetapi cukup bermanfaat.

Ada banyak cara untuk belajar. Anda cuma perlu pilih samada anda mahu belajar dengan cara yang cepat atau lambat. Jika anda pilih untuk belajar tanpa membuang masa dengan trial and error yang merugikan, anda perlu hadir ke bengkel ini!

Jumpa anda nanti!

Hasnuddin Abu Samah,
Jurulatih Utama,
Bengkel Portable Flash,
fototeacher.com



PENTING
Bayaran tidak perlu dibuat serta merta. Daftar dahulu, kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih berminat.
Kami juga boleh mengadakan kursus khas di tempat anda atau mengadakan latihan fotografi khusus berdasarkan keperluan anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas.

Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com