fototeacher.com


KURSUS ASAS FOTOGRAFI ONLINE (AFO)

Kursus fotografi secara online yang pertama di Malaysia!

Kursus Fotografi Online


Ikuti kursus asas fotografi secara online! Tidak kira walau di mana anda berada, kini anda boleh menyertai kursus kami dengan selesa dari rumah anda dan ikuti kursus pada bila-bila masa yang anda inginkan.



MENGAPA BELAJAR SECARA ONLINE?
1 Yuran penyertaan adalah jauh lebih rendah berbanding menghadiri kursus biasa
2 Sesuai disertai oleh peserta yang tinggal di luar kawasan Kuala Lumpur dan sukar hadir ke kursus biasa yang diadakan di pusat latihan kami di Kuala Lumpur
3 Sesuai disertai oleh individu yang sibuk dan tidak dapat meluangkan masa menghadiri kursus biasa pada tarikh yang telah ditetapkan
4 Anda boleh mengikut tempoh masa anda sendiri samada ingin menghabiskan kursus dalam tempoh yang cepat atau lambat
5 Sebarang pertanyaan anda akan dijawab secara peribadi oleh jurulatih secara online
6 Anda boleh belajar dalam keselesaan di rumah anda sendiri
7 Jaminan wang dikembalikan sepenuhnya jika anda tidak berpuas hati dengan kursus secara online ini



BAGAIMANA PROSES PEMBELAJARAN SECARA ONLINE INI?
1 Buat pendaftaran dan jelaskan bayaran penuh untuk yuran penyertaan
2 Nota pelajaran akan dihantar kepada anda setiap minggu dalam tempoh 6 minggu
3 Pelajari nota yang diberikan mengikut kesesuaian masa anda
4 Tanya soalan kepada jurulatih jika terdapat sebarang kemusykilan
5 Jawab soalan kefahaman bagi memastikan anda telah menguasai setiap topik yang diajar
6 Buat tugasan yang diberikan secara praktikal dan hantarkan hasil tugasan anda kepada jurulatih untuk dinilai
7 Jurulatih akan memberikan komen kepada hasil tugasan anda dan memberikan panduan berguna sebelum anda meneruskan pelajaran dalam topik seterusnya



APAKAH YANG AKAN ANDA PELAJARI?
1

KAWALAN ASAS KAMERA
Mengenal bahagian-bahagian kamera serta fungsi asasnya. Cara pengendalian yang betul, penjagaan serta keselamatan. Juga mengenai asas tangkapan imej melalui CCD atau CMOS serta teknologi penyimpanan data seperti RAW, TIFF dan JPEG. Fahami secara umum format dan teknologi kamera seperti 35mm/full frame SLR serta APS size DSLR

2 APERTURE
Teori f/number, f/stop dan ciri-ciri aperture yang berlainan serta kesannya kepada depth-of-field.
3 SHUTTER
Teori shutter speed, shutter stop, pergerakan vs shutter, teknik mengelakkan gambar goyang dan kaitan focal length dengan shutter speed.
4 ISO
Penggunaan ISO, ciri-ciri ISO yang berbeza, panduan pelarasan ISO serta kaitan ISO dengan exposure. Fahami hubungan antara picture noise, exposure dan image contrast.
5 FOCAL LENGTH
Teori mm dalam focal length, kefahaman angle of view, perspektif, depth serta ciri-ciri berbeza untuk setiap focal length. Teknik penggunaan lensa yang sesuai untuk setiap situasi yang tertentu. Teknik penggunaan lensa untuk composition yang terbaik. Teknologi dan kualiti lensa juga akan dibincangkan.
6 FOCUSING TECHNIQUES
Memahami kawalan Manual dan Auto Focus serta caranya berfungsi. Fungsi kawalan Single dan Continuous AF. Pelajari teknik pantas pre-focus dan mengagak jarak serta kaitannya dengan depth-of-field.
7 DEPTH OF FIELD
Medan fokus dan kaitannya dengan aperture, focal length dan focusing distance. Teknik mendapatkan shallow atau great depth-of-field. Juga membincangkan kegunaan depth-of-field dalam penghasilan gambar.
8 COLOUR TEMPERATURE
Teori asas suhu warna yang disukat dalam unit Kelvin. Kenali pelbagai sumber cahaya dan kesannya pada warna. Ketahui berbagai jenis preset setting dan manual setting untuk mendapatkan white balance yang sempurna.
9 EXPOSURE METER
Fahami sifat dan fungsi built-in exposure meter serta kaitannya terhadap highlight, shadow, incident dan reflected light. Teknik alternatif kepada exposure meter dengan cara menganalisis cahaya menggunakan deria mata, LCD preview dan histogram.
10 METERING PATTERN
Fahami spot meter, centre weighted dan matrix/evaluative metering untuk mendapatkan exposure yang tepat setiap masa.
11 EXPOSURE MODE
Fahami tentang manual exposure mode, aperture priority/aperture value, shutter priority/time value, program dan sebagainya. Fahami kaitan setiap exposure mode dengan metering pattern, exposure compensation, flash compensation serta auto exposure mode. Fahami exposure stop dari 1/3 stop, 1/2 stop hingga full stop. Kuasai kemahiran penggunaan manual exposure mode untuk hasil yang cepat dan tepat.
12 MENDAPATKAN PERFECT EXPOSURE
Kesimpulan dari keseluruhan subjek merangkumi aperture, shutter, ISO, exposure meter, metering pattern dan exposure mode untuk mendapatkan kualiti exposure terbaik. Pelajari juga bagaimana mengenalpasti perfect exposure dan cara mudah untuk mendapatkannya.



YURAN PENYERTAAN
HARGA UNTUK SEORANG PESERTA
(Harga ini akan dinaikkan lagi pada bila-bila masa. Sila buat pendaftaran dan bayaran segera sebelum terlambat)

RM250.00



KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN
KURSUS ASAS FOTOGRAFI ONLINE (AFO)

Daftar dahulu, anda tidak perlu membuat bayaran serta merta. Kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih beminat. Dengan hanya mendaftar, anda tidak diwajibkan membayar jika anda berubah fikiran kemudian



SOALAN YANG LAZIM DITANYA
1

Berapa lamakah tempoh kursus ini?
Anda boleh lengkapkan kursus ini dalam tempoh 6 minggu. Anda juga boleh ambil masa yang lebih panjang untuk melengkapkan kursus ini bersesuaian dengan masa lapang anda. Semuanya terpulang kepada anda. Jika anda sibuk, anda boleh belajar dengan perlahan dan tamatkan kursus dalam masa 6 bulan, setahun atau mungkin lebih dari itu.

2 Mengapa kursus ini mengambil masa yang panjang sampai 6 minggu?
Peserta yang mengikuti kursus ini akan belajar sendiri dari nota yang diberi dan belajar dengan cara yang relaks tanpa tekanan masa. Tidak perlu belajar setiap hari sehingga 8 jam sehari seperti menghadiri kursus biasa. Peserta cuma perlu belajar sekitar 3 jam seminggu dan perlu melakukan tugasan yang diberi yang akan mengambil masa sekitar 3 jam juga
3 Bolehkah jika saya ingin tamatkan kursus ini dalam masa yang lebih singkat? Bolehkah saya tamatkan kursus ini dalam masa 1 minggu misalnya?
Tidak boleh. Ini kerana setiap bahagian pelajaran perlu dilengkapkan dengan membuat tugasan berupa latihan praktikal. Tugasan ini perlu dihantar kepada pihak kami untuk dinilai. Kemudian, jurulatih akan memberi komen kepada hasil kerja anda sebelum anda meneruskan bahagian pelajaran seterusnya. Proses ini akan mengambil masa. Ini bagi memastikan anda benar-benar memahami subjek yang diajar. Jika anda ingin menamatkan kursus dengan cepat, anda boleh hadiri kursus biasa dengan menghadirkan diri ke pusat latihan kami di Cheras, Kuala Lumpur. Klik di sini untuk maklumat lanjut.
4 Adakah saya perlu menggunakan banyak masa untuk kursus ini?
Ada 6 bahagian di dalam kursus ini. Dalam setiap bahagian anda perlu baca nota pelajaran, jawab soalan kefahaman dan lakukan tugasan praktikal. Semua aktiviti ini akan mengambil masa 6-8 jam sahaja untuk setiap bahagian dan boleh dilakukan pada bila-bila masa yang sesuai untuk anda. Tiada had masa yang ditetapkan
5 Bagaimana jika saya tidak memahami nota yang diberikan?
Komitmen kami ialah untuk menjamin kefahaman anda. Jika anda tidak faham mana-mana bahagian pelajaran, anda boleh tanya terus kepada jurulatih melalui e-mel. Jika masalah anda masih tidak dapat diselesaikan, penerangan akan diberikan dalam bentuk video atau melalui perbincangan di dalam telefon.
6 Adakah kursus secara online ini berkesan?
Kaedah pembelajaran secara online telah terbukti berkesan di luar negara dalam berbagai bidang termasuk pembelajaran fotografi. Apa yang penting ialah, anda perlu rajin dan berdisiplin dalam memenuhi keperluan kursus seperti membaca nota dan melakukan tugasan praktikal. Walaupun belajar dari jarak jauh, anda sentiasa akan diberikan bimbingan secara peribadi oleh jurulatih dalam menyelesaikan segala masalah anda di dalam kursus ini.
7 Mengapakah yuran yang dikenakan adalah murah berbanding menghadiri kursus biasa? Adakah sebarang kos tersembunyi yang saya perlu bayar?
Tiada sebarang bayaran lain akan dikenakan. Anda hanya perlu bayar yuran kursus sekali sahaja sehinggalah tamat kursus. Kursus secara online lebih murah kerana tiada kos terlibat untuk sewaan bilik kursus, tiada kos untuk fasiliti dan tiada kos untuk makan minum
8 Bagaimana jika setelah menyertai kursus online ini saya rasa kursus ini tidak sesuai untuk saya atau tidak berfaedah untuk saya? Adakah apa-apa jaminan bahawa kursus ini bagus?
Kami memberi jaminan wang anda akan dikembalikan sepenuhnya jika anda ingin menarik diri dari kursus ini dengan apa jua sebab sekalipun. Wang anda akan dikembalikan tanpa sebarang soalan. Anda tidak perlu beritahu kami mengapa anda ingin tarik diri. Tetapi, jaminan wang dikembalikan ini hanya sah jika anda menarik diri dalam tempoh 3 minggu dari tarikh anda mula mengikuti kursus
9 Bolehkah saya percaya wang saya akan dikembalikan jika saya tidak berpuas hati?
Tentu sekali. FOTOTEACHER menjalankan perniagaan ini secara profesional melalui perniagaan berdaftar, dengan sepasukan pekerja tetap dan dengan alamat pejabat yang tetap. Kami telah menjalankan perniagaan dalam latihan fotografi sebagai perniagaan teras sejak tahun 2006 secara aktif. Sehingga kini, kami telah mengadakan lebih dari 200 program latihan fotografi dengan bekas pelajar kami telah mencapai lebih dari 2,000 orang dari seluruh Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia
10 Bolehkah saya membuat bayaran yuran secara ansuran bulanan?
Untuk menyertai kursus ini, anda perlu membuat bayaran penuh sebelum kursus dimulakan. Anda boleh membuat bayaran secara ansuran, tetapi, kursus hanya akan bermula setelah kesemua jumlah yuran telah dijelaskan
11 Apakah peralatan yang diperlukan untuk mengikuti kursus ini?
Sebaiknya anda perlukan komputer dan talian internet sendiri untuk mengikuti kursus secara online ini. Anda juga perlu ada kamera DSLR sendiri (sebarang jenama).
12 Saya baru sahaja membeli kamera DSLR dan tidak ada sebarang asas fotografi. Bolehkah saya mengikuti kursus ini?
Kursus ini memang direka khas untuk individu yang belum mempunyai asas dalam fotografi. Individu yang mempunyai sedikit asas dalam fotografi juga sesuai mengikuti kursus ini bagi menguatkan lagi kemahiran yang telah dimiliki.
13 Adakah saya akan mendapat sijil dari kursus ini?
Ya, sijil akan diberikan kepada anda setelah anda berjaya menamatkan kursus ini
Jika anda ada soalan lain yang ingin ditanya, sila hantarkan soalan anda ke e-mel sales@fototeacher.com atau hubungi kami di 03-91017155/012-3937155 (waktu pejabat)



jaminan wang dikembalikan

JAMINAN WANG DIKEMBALIKAN

1 Sekiranya anda tidak ingin meneruskan kursus ini kerana tidak mendapat faedah darinya atau di atas apa jua sebab, wang anda akan dikembalikan sepenuhnya tanpa sebarang soalan
2 Untuk wang anda dikembalikan, anda mestilah menarik diri dari kursus ini dalam tempoh 30 hari dari tarikh anda memulakan kursus ini. Selepas anda mengikuti kursus ini melebihi 30 hari kami tidak lagi menawarkan jaminan pemulangan wang ini
3 Walaupun setelah wang anda dikembalikan, anda boleh simpan semua nota pelajaran yang anda telah terima, ianya sebagai hadiah dari kami hanya kerana anda mencuba program ini



KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN
KURSUS ASAS FOTOGRAFI ONLINE (AFO)

Daftar dahulu, anda tidak perlu membuat bayaran serta merta. Kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih beminat. Dengan hanya mendaftar, anda tidak diwajibkan membayar jika anda berubah fikiran kemudian



KAEDAH BAYARAN YANG DITAWARKAN

kami menerima visa dan mastercard
Kami menerima bayaran menggunakan kad kredit Visa atau Mastercard. Bayaran dengan kad kredit ini boleh dilakukan secara online atau anda juga boleh hadir sendiri ke pejabat kami untuk swipe kad kredit anda.

Bayaran secara tunai melalui bank transfer/atau bayar tunai di pejabat kami serta bayaran menggunakan cek juga diterima.

Maklumat terperinci cara membuat bayaran akan diterangkan kepada anda setelah anda membuat pendaftaran nanti.




HUBUNGI KAMI

Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi kami
di 03-91017155 atau 012-3937155 (waktu pejabat) atau anda juga boleh hantar e-mel kepada sales@fototeacher.com




Sekiranya anda lebih suka menyertai kursus secara menghadirkan diri dan belajar secara langsung dari jurulatih, anda boleh pilih untuk sertai salah satu kursus berikut untuk mempelajari asas fotografi:
Kursus Asas Fotografi Digital KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL (AFD)
Kursus kami yang paling popular. Diadakan selama 2 hari
Klik di sini untuk maklumat lanjut
Fotoxpress FOTOXPRESS (FEX)
Kursus asas fotografi yang ringkas, padat dan menjimatkan
Klik di sini untuk maklumat lanjut



KLIK DI SINI UNTUK PENDAFTARAN
KURSUS ASAS FOTOGRAFI ONLINE (AFO)

Daftar dahulu, anda tidak perlu membuat bayaran serta merta. Kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih beminat. Dengan hanya mendaftar, anda tidak diwajibkan membayar jika anda berubah fikiran kemudian

 


Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com