| MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM |
| Program |
MACRO PHOTOGRAPHY WORKSHOP (MINI PROGRAM) |
| Kod program |
MPW |
| Jurulatih |
Amir Ridhwan |
| Biodata jurulatih |
Telah terdedah dengan fotografi sejak tahun 1986 dengan Canon rangefinder, dan kemudian beralih kepada SLR Ricoh pada tahun 1990. Pada tahun 2006 telah beralih ke sistem digital sepenuhnya dengan pengkhususan dalam subjek makro. Sejak itu beberapa karya telah disiarkan dalam majalah DCM, buku "Trapdoor Spiders" terbitan Bearport Publishing New York 2008, pameran "Our National Heritage" di Kuala Lumpur dan beberapa kertas kajian sains antarabangsa.
Pada tahun 2008 telah disenaraikan sebagai peserta peringkat akhir pertandingan Photographer of The Year 2008 oleh DCM antarabangsa. Seterusnya telah dijemput untuk berbicara tentang fotografi makro dalam rancangan The Breakfast Show di ntv7 pada Januari 2009. Kini sedang bekerjasama dengan Universiti Malaya untuk menghasilkan atlas labah-labah yang pertama di Malaysia. |
| Durasi |
4 jam (termasuk 30 minit masa rehat - hidangan ringan disediakan) |
| Masa |
9.00 pagi - 1.00 petang (Pendaftaran jam 8.30 pagi) |
| Bahasa
perantara |
Bahasa
Melayu |
| Jumlah
peserta |
Eksklusif
untuk 30 orang sahaja |
| Objektif |
Memberikan pengenalan dan asas kepada fotografi makro |
| Syarat
penyertaan |
Untuk
peserta yang telah mempunyai asas teknikal fotografi sahaja
Sila jawab soalan di sini bagi mengetahui tahap kefahaman anda mengenai asas fotografi |
| Persediaan sebelum hadir program |
| 1) |
Kenali kawalan kamera anda seperti mengenali butang kawalan aperture, shutter, ISO dan sebagainya |
| 2) |
Senaraikan masalah dan soalan yang yang ingin anda tanya mengenai fotografi makro |
|
| Peralatan
yang perlu dibawa |
| 1) |
Kamera DSLR sebarang jenama |
| 2) |
Lensa makro/close-up filter/extension tube untuk merakam foto dari jarak dekat.
Sekiranya anda belum memiliki peralatan ini, anda boleh membeli peralatan ini dari FOTOTEACHER atau kami boleh cadangkan kedai lain yang menjual peralatan ini. Sila hubungi kami di 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com
|
| 3) |
Buku manual kamera |
| 4) |
Flash (jika ada) |
|
| ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI: |
| 1 |
Pengenalan dan asas penting dalam fotografi makro |
| 2 |
Peralatan fotografi makro - kamera, lensa, filter, extension tube dan flash |
| 3 |
Kawalan teknikal yang lazim digunakan untuk kamera dan flash bagi penggambaran makro |
| 4 |
Kaedah pencahayaan yang mudah tapi berkesan untuk subjek makro |
| 5 |
Cara mendapatkan imej yang berkualiti dan mempunyai nilai artistik dalam fotografi makro |
| Program ini merupakan Mini Program yang berkonsep ringkas dan santai dengan objektif untuk memberikan penerangan mengenai subjek Fotografi Makro sebagai pengenalan. Aktiviti susulan seperti outing dan bengkel lengkap mengenai Fotografi Makro akan diadakan kemudian sekiranya ada permintaan. |