| MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM |
| Program |
STREET PHOTOGRAPHY OUTING (MINI PROGRAM) |
| Kod program |
SPO |
| Outing akan diketuai oleh |
Che' Ahmad Azhar akan mengetuai aktiviti ini dan akan dibantu oleh beberapa orang jurufoto lain |
| Biodata |
Che’ Ahmad Azhar bin Che’ Fadzil bertugas sebagai Koordinator Program untuk Pengajian Dasar di Fakulti Multimedia Kreatif (FCM), Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
Sebagai seorang ahli perintis di FCM, beliau telah mengajar di dalam bidang komunikasi visual dan fotografi di fakulti berkenaan selama hampir 14 tahun. Kecemerlangan beliau di dalam bidang pendidikan telah melayakkan beliau memperolehi beberapa anugerah dan pengiktirafan dari MMU dan FCM Creative Multimedia Club.
Minat utama beliau adalah dalam pengkhususan documentary photography dan visual anthropology. Dengan minat beliau yang mendalam dalam bidang fotografi, beliau telah berjaya menghasilkan karya yang digunakan di dalam beberapa pameran dan penerbitan, antaranya ialah – National Art Gallery, Tourism Malaysia, Putrajaya Corporations dan FCM. Beliau juga seringkali dijemput menjadi juri pertandingan fotografi, penceramah, dan fasilitator untuk bengkel fotografi yang dianjurkan oleh badan koprat dan kelab fotografi.
Kini, beliau sedang menjalankan satu projek penyelidikan dalam bidang Street Photography.
(Belajar mengenai Street Photography dari Che' Ahmad Azhar di sini) |
| Durasi |
3 jam |
| Masa |
8.00 pagi - 11.00 pagi (PLAN A)
Sekiranya hujan di sebelah pagi, program ini akan dipinda ke sebelah petang iaitu pada jam:
4.00 petang - 7.00 malam (PLAN B)
Sekiranya hujan di sebelah pagi dan petang, program ini akan dipinda ke tarikh lain yang akan diumumkan kemudian
Untuk memastikan samada hujan atau tidak di lokasi outing pada hari aktiviti akan berlangsung, sila telefon pihak kami satu jam sebelum aktiviti dijadualkan bermula. Sila hubungi nombor telefon berikut:
1) 012-2721532 (Adam)
2) 019-3806058 (Norlin)
3) 012-3665641 (Din)
Talian telefon di atas hanya akan dibuka pada tarikh program diadakan. Untuk pertanyaan sebelum tarikh program, sila hubungi telefon 03-91017155 atau 012-3937155 (waktu pejabat sahaja)
|
| Jumlah
peserta |
Maksimum - 100 orang peserta |
| Objektif |
| 1) |
Sebagai langkah awal merasai pengalaman merakam Street Photography |
| 2) |
Mempraktikkan apa yang telah dipelajari mengenai Street Photography |
| 3) |
Mendapat sedikit tunjuk ajar dari jurufoto yang lebih berpengalaman semasa sesi outing ini |
| 4) |
Untuk menghasilkan sekurang-kurangnya sekeping foto yang baik untuk Street Photography semasa outing ini |
| 5) |
Turut menjadi satu platform untuk berkenalan sesama rakan jurufoto yang berminat dengan Street Photography |
|
| Syarat
penyertaan |
Sesuai untuk semua peringkat kemahiran. Terbuka kepada sesiapa sahaja yang meminati Street Photography |
| Persediaan sebelum hadir program |
| 1) |
Pastikan anda telah mahir menggunakan kamera anda dan mengetahui perkara asas di dalam fotografi. Untuk mempelajari asas fotografi secara formal, anda boleh hadiri Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER. Sila klik di sini |
| 2) |
Buat rujukan sendiri mengenai Street Photography dengan membaca tips mengenai Street Photography di internet dan melihat contoh-contoh foto Street Photography sebagai panduan. Untuk mendapat lebih kefahaman mengenai Street Photography, anda boleh hadir ke program Street Photography Talk anjuran FOTOTEACHER. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut |
|
| Perkara
yang perlu dibawa |
| 1) |
Set kamera DSLR |
| 2) |
Air minuman dan memakai pakaian yang selesa untuk berjalan kaki di sekitar bandar bagi merakam foto Street Photography |
|
PENTING:
Program outing ini lebih kepada aktiviti santai untuk sama-sama merakam foto Street Photography dan bukan bertujuan untuk mengajar teknik Street Photography secara terperinci. Untuk mempelajari perkara penting mengenai Street Photography, anda boleh hadir ke kelas/talk mengenai Street Photography yang dianjurkan oleh FOTOTEACHER.COM dan akan disampaikan oleh Che' Ahmad Azhar sendiri dengan bayaran yuran penyertaan yang minima. Sila klik di sini |
| LAIN-LAIN MAKLUMAT PENTING |
PENYERTAAN KE PROGRAM OUTING INI ADALAH PERCUMA UNTUK RAKAN-RAKAN DI FACEBOOK FOTOTEACHER.
Sila klik 'LIKE' pada page FOTOTEACHER di Facebook jika anda masih belum berbuat demikian |
| Pastikan anda membuat pendaftaran secara online sebelum menyertai program ini. Hanya peserta yang mendaftar akan dibenarkan mengikuti aktiviti dan seterusnya akan dipimpin oleh ketua kumpulan. Peserta yang mendaftar juga akan berpeluang untuk memenangi hadiah menerusi beberapa siri cabutan bertuah |
| Selepas anda membuat pendafaran, satu e-mel akan dihantar kepada anda secara otomatik tentang cara untuk membuat bayaran. Sila abaikan e-mel ini kerana anda tidak perlu membuat sebarang bayaran. Penyertaan ke program ini adalah PERCUMA |
| Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, sila hubungi 03-91017155/012-3937155 (waktu pejabat sahaja) atau e-mel kepada sales@fototeacher.com |