| Che’ Ahmad Azhar bin Che’ Fadzil bertugas sebagai Koordinator Program untuk Pengajian Dasar di Fakulti Multimedia Kreatif (FCM), Universiti Multimedia (MMU), Cyberjaya, Selangor, Malaysia.
Sebagai seorang ahli perintis di FCM, beliau telah mengajar di dalam bidang komunikasi visual dan fotografi di fakulti berkenaan selama hampir 14 tahun. Kecemerlangan beliau di dalam bidang pendidikan telah melayakkan beliau memperolehi beberapa anugerah dan pengiktirafan dari MMU dan FCM Creative Multimedia Club.
Minat utama beliau adalah dalam pengkhususan documentary photography dan visual anthropology. Dengan minat beliau yang mendalam dalam bidang fotografi, beliau telah berjaya menghasilkan karya yang digunakan di dalam beberapa pameran dan penerbitan, antaranya ialah – National Art Gallery, Tourism Malaysia, Putrajaya Corporations dan FCM. Beliau juga seringkali dijemput menjadi juri pertandingan fotografi, penceramah, dan fasilitator untuk bengkel fotografi yang dianjurkan oleh badan koprat dan kelab fotografi.
Kini, beliau sedang menjalankan satu projek penyelidikan dalam bidang Street Photography. |