darkroom workshop

MAKLUMAT PENTING
Program BASIC DARKROOM WORKSHOP
Kod program BDW
Cara perlaksanaan Workshop dijalankan secara one-to-one. Seorang jurulatih akan mengajar seorang pelajar untuk workshop ini
Tarikh dan masa Anda boleh pilih tarikh dan masa yang anda inginkan. Workshop ini boleh dijalankan pada bila-bila masa dari hari Isnin hingga Ahad dari jam 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Tertakluk kepada kekosongan slot bilik gelap.
Durasi 6 Jam
Bahasa perantara Bahasa Melayu

MAKLUMAT LAIN
1 Jurulatih akan mengajar secara one-to-one untuk 3 jam pertama.
2 Untuk 3 jam berikutnya, peserta akan membuat latihan praktikal sendiri di dalam bilik gelap dan boleh mencetak sehingga 10 keping gambar. Jika anda perlukan kertas foto tambahan, anda boleh beli dari kami dengan harga cuma RM1.80 sekeping (saiz 8X10 inci)
3 Sekiranya anda ingin melanjutkan masa penggunaan bilik gelap, anda boleh buat bayaran tambahan kepada kami. Bayaran masa tambahan untuk sewaan bilik gelap adalah sebanyak RM50 sejam. Tertakluk kepada kekosongan slot.
4 Anda boleh ajak seorang lagi rakan anda untuk menemani anda atau sama-sama belajar bersama anda. Mungkin anda boleh berkongsi membayar yuran penyertaan. Tetapi, hanya 2 orang dibenarkan berada di dalam bilik gelap pada satu-satu masa kerana ruang yang terhad.
5 Minuman dan hidangan ringan disediakan di sepanjang workshop

KANDUNGAN PROGRAM
1 FILM PROCESSING
Pelajari cara untuk memproses filem hitam putih secara manual dengan menggunakan processing tank dan bahan kimia developer, stop bath dan fixer.
2 ENLARGER
Mengenali bahagian-bahagian utama pada enlarger seperti lensa, negative carrier dan sebagainya. Mempelajari cara mengendalikan enlarger.
3 AKSESORI
Mengenali dan mempelajari kegunaan aksesori penting untuk mencetak gambar foto seperti timer, easel, multigrade filter, enlarger lens dan sebagainya
4 BAHAN KIMIA MEMPROSES GAMBAR
Mengenali bahan-bahan kimia yang diperlukan untuk memproses gambar seperti developer, stop bath dan fixer. Pelajari cara menyediakan bahan kimia dan cara menggunakannya
5 CONTACT PRINT
Pelajari cara yang betul untuk membuat contact print bagi tujuan rujukan gambar
6 CARA MENDAPATKAN EXPOSURE YANG TEPAT
Pelajari cara untuk menentukan tempoh dedahan yang betul dengan membuat test strip sebelum mencetak gambar sebenar
7 MENCETAK GAMBAR
Pelajari langkah-langkah untuk mencetak gambar ke saiz besar
8 MULTIGRADE FILTER
Pelajari cara untuk mengawal kontras gambar dengan menggunakan multigrade filter
9 DODGING & BURNING
Pelajari cara untuk mengawal kecerahan gambar dengan lebih terperinci dengan teknik dodging & burning

darkroom process

MENGAPA ANDA MESTI HADIRI PROGRAM INI?
1 Untuk mendapat pengalaman memproses dan mencetak gambar foto di dalam bilik gelap. Satu proses yang amat jarang dipraktikkan sekarang dan bukan senang untuk mendapat peluang merasainya. Proses inilah yang telah mematangkan fotografi sehingga ke tahap sekarang dan ianya telah dipraktikkan selama lebih dari 100 tahun!
2 Memproses filem dan mencetak gambar foto di dalam bilik gelap mengajar kita kepada disiplin dan ketelitian di dalam menghasilkan karya fotografi. Ianya juga akan menjadikan kita lebih faham mengenai bidang fotografi itu sendiri dimana, di dalam bilik gelap, kita akan pelajari asas cahaya, tempoh dedahan, aperture dan sebagainya. Oleh sebab itulah pelajar jurusan fotografi di kolej masih diajar menggunakan bilik gelap sehingga ke hari ini.
3 Fotografi analog menggunakan filem masih diamalkan sehingga kini oleh golongan tertentu kerana kepuasan yang didapati darinya. Di dalam bilik gelap, anda akan melakukan sendiri semua proses penghasilan gambar foto secara manual menggunakan kemahiran anda sendiri. Ini akan menjadikan anda lebih menghargai gambar yang anda hasilkan.

SOALAN LAZIM
1

Perlukah saya membawa negatif sendiri untuk dicetak ketika workshop ini?
Sebaiknya anda bawa negatif hitam putih sendiri yang mempunyai gambar kegemaran anda. Negatif mestilah dalam format 135 atau 120 sahaja. Anda juga disarankan untuk membawa filem hitam putih yang telah dirakam gambar di atasnya tetapi yang belum diproses supaya dapat diproses semasa workshop ini. Tetapi, jika anda tidak dapat memenuhi keperluan ini, tidak mengapa. Pihak kami ada menyediakan semua bahan-bahan yang diperlukan.

2 Adakah cara memproses dan mencetak filem warna berbeza dengan filem hitam putih?
Ya, cara memproses dan mecetak filem/negatif warna adalah berbeza dengan filem/negatif hitam putih. Filem warna adalah lebih sukar diproses dan dicetak. Teknik, bahan kimia dan beberapa peralatan yang digunakan adalah berbeza. Program ini hanya akan menunjukkan cara memproses dan mencetak filem/negatif hitam putih sahaja.
3 Adakah pihak penganjur menyediakan jurulatih perempuan untuk peserta perempuan?
Pihak kami boleh menyediakan jurulatih wanita untuk pelajar wanita sekiranya diperlukan.
4 Bolehkah saya membawa balik gambar yang saya cetak?
Ya, gambar yang anda cetak adalah milik anda untuk dibawa pulang sebagai kenang-kenangan
5 Adakah nota disediakan untuk program ini?
Nota ringkas akan disediakan oleh pihak kami. Tetapi, anda juga disarankan untuk membawa buku nota sendiri bagi mencatit nota
6 Adakah bahan kimia yang digunakan selamat untuk kesihatan?
Bahan kimia yang digunakan adalah selamat digunakan secara umumnya. Semua bahan kimia yang digunakan adalah dari jenama Ilford buatan United Kingdom yang direka khusus untuk kegunaan fotografi dan bilik gelap. Cuma, anda perlu elakkan bahan kimia dari terkena mata atau kulit yang sensitif. Anda tidak perlu menyentuh bahan kimia kerana penyepit khas dan sarung tangan getah disediakan. Pihak kami juga akan memastikan pengedaran udara yang baik semasa sesi mencetak gambar dijalankan. Sebaiknya anda membawa apron sendiri untuk digunakan ketika di dalam bilik gelap kerana bahan kimia mungkin terpercik dan boleh mengotorkan pakaian anda.
7 Saya tidak mempunyai pengetahuan asas di dalam bidang fotografi. Bolehkah saya sertai program ini?
Program ini boleh disertai oleh sesiapa saja. Tiada syarat kelayakan minima.
8 Adakah mudah untuk saya mendapatkan peralatan memproses filem, mencetak gambar dan lain-lain peralatan bilik gelap sekiranya saya ingin memiliki bahan dan peralatan saya sendiri?
Ya, kesemua peralatan yang diperlukan untuk memproses filem dan peralatan untuk bilik gelap masih dikilangkan sehingga ke hari ini oleh syarikat-syarikat dari berbagai jenama seperti Ilford, Kodak, Jobo, A-P, Paterson, LPL dan sebagainya. Pihak kami boleh memberikan khidmat nasihat dan membekalkan peralatan yang anda inginkan. Kami juga adalah penjual sah untuk kebanyakan peralatan berkaitan filem dan bilik gelap.
9 Mengapa perlu guna cara lama, sedangkan dunia fotografi telah maju dalam teknologi digital?
Proses fotografi tradisional tidak menolak kemajuan teknologi digital. Ianya adalah satu proses alternatif ketika ini yang mempunyai kelebihannya yang tersendiri. Fotografi adalah berkenaan melukis dengan cahaya. Digital atau analog hanyalah sekadar media untuk kita merealisasikan karya foto kita. Di negara maju, fotografi tradisional masih terus diamalkan secara meluas oleh golongan tertentu. Di Malaysia pula, kaedah fotografi secara tradisional kini semakin berkembang semula.
Sekiranya persoalan anda masih belum terjawab, sila hantarkan pertanyaan anda kepada sales@fototeacher.com atau hubungi kami di 03-91017155 / 012-6020770

GAMBAR SEMASA PROGRAM BDW
Basic Darkroom Workshop
Untuk melihat gambar-gambar lain, sila KLIK DI SINI

YURAN PENYERTAAN
HARGA UNTUK MENYERTAI WORKSHOP INI
Anda boleh bawa seorang rakan untuk menemani anda atau berkongsi membayar yuran workshop ini.
RM450.00
PER SESSION

ANDA BERMINAT?
Untuk menempah slot workshop anda, sila hubungi kami di:
Telefon: 03-91017155 / 03-91017166 / 012-6020770
E-mel: sales@fototeacher.com

Alamat:
FOTOTEACHER LEARNING CENTRE, 
C-1-9, Megan Phoenix, Jalan Cheras,
56000 Kuala Lumpur.
Sila klik di sini untuk peta lokasi



WORKSHOP INI TIDAK MENEPATI KEHENDAK ANDA?
Kami ingin mencadangkan program yang lebih ringkas dan berharga lebih rendah iaitu - Darkroom Introduction Program (DIP) Hanya RM80 seorang.
SILA KLIK DI SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Poster DIP


PERBEZAAN DIP DENGAN BDW
DIP
(Darkroom Introduction Program)
BDW
(Basic Darkroom Workshop)
Harga RM80.00 seorang
Harga RM450.00 per sesi
(1 atau 2 orang)
Peserta maksima 6 orang
Peserta maksima 2 orang
Pelajaran ringkas
Pelajaran lebih terperinci
Peserta mencetak sekeping gambar sahaja
Peserta boleh mencetak sehingga 10 keping gambar
20% praktikal
100% praktikal
Durasi 4 jam
Durasi 6 jam
Tarikh ditetapkan oleh kami
Peserta pilih tarikh sendiri

UNTUK MENYERTAI DIP, SILA DAPATKAN MAKLUMAT LANJUT DAN BUAT PENDAFTARAN ONLINE -
SILA KLIK DI SINI

UNTUK MENYERTAI BDW, SILA HUBUNGI KAMI UNTUK MENYATAKAN TARIKH YANG ANDA INGINKAN.
HUBUNGI KAMI DI 03-91017155 (WAKTU PEJABAT) ATAU
E-MEL KEPADA sales@fototeacher.com

film and darkroom supplier shop kuala lumpur malaysia
KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT PRODUK YAND DITAWARKAN

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI FOTOTEACHER.COM!
Anda akan mendapat artikel dan tips fotografi secara percuma, diberitahu mengenai promosi terkini, berita terkini, kursus terkini dan lain-lain lagi. Langgan newsletter FOTOTEACHER sekarang! SILA KLIK DI SINI

Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com