bengkel lanjutan fotografi

BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI (BLF)

Perhatian: Laman web ini telah dikemaskini pada 19 April 2012. Terdapat beberapa maklumat telah diubah dari versi yang sebelumnya.



Bengkel intensif 3 hari 2 malam ini padat dengan sesi praktikal dengan bimbingan rapat dari jurulatih. Aspek seni dan teknik fotografi akan diberikan penekanan untuk menghasilkan foto yang kreatif dan menarik. Program ini akan memperlengkapkan anda ke arah menjadi seorang jurufoto yang berkemahiran samada sebagai hobi atau kerjaya.

poster blf 2012

MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
Program Bengkel Lanjutan Fotografi
Kod program BLF
Jurulatih utama

Hasnuddin Abu Samah
KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BIODATA JURULATIH

  • Sekiranya jurulatih yang dinyatakan di atas tidak dapat hadir disebabkan oleh hal-hal yang tidak dapat dielakkan, tempat beliau akan digantikan dengan jurulatih lain
  • Beberapa orang jurulatih lain akan disediakan bagi membantu tugas jurulatih utama seperti yang dinyatakan di atas
Durasi 3 hari 2 malam
Masa 9.00 pagi - 10.00 malam
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Eksklusif untuk 20 orang sahaja
Nisbah jurulatih dengan peserta 1:7 (Seorang jurulatih bagi setiap 7 orang peserta)
Syarat penyertaan

Mestilah telah menghadiri Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER.COM atau telah mempunyai asas teknikal fotografi yang kukuh.

Untuk memastikan anda telah mempunyai kefahaman asas fotografi, sila jawab soalan penilaian DI SINI

Siapa patut hadir Individu yang ingin mempelajari dan mendapatkan kemahiran fotografi dari aspek kreativiti, teknik dan seni samada sebagai hobi atau kerjaya
Persediaan sebelum hadir program
1) Ulangkaji pengetahuan asas teknikal fotografi
2) Senaraikan 10 masalah/soalan/kelemahan anda dalam menghasilkan foto yang kreatif/menarik dan nyatakan semasa hadir bengkel
3) Bawa bersama 10 keping gambar terbaik anda dalam berbagai kategori. Sila burn gambar ini di dalam CD/DVD. Gambar ini akan digunakan untuk menilai tahap kemahiran peserta. Peserta akan dibimbing agar menampakkan kemajuan berbanding kemahiran sedia ada
Peralatan yang mesti dibawa
1) Kamera DSLR dan buku manual kamera anda
2) Kit lens atau sebarang jenis lensa
3) Laptop dengan perisian Adobe Photoshop dan memory card reader
Peralatan tambahan yang perlu dibawa (jika ada)
1) Flash dan buku manual flash
2) Lensa telephoto
2) Tripod
3) Reflector
4) Lain-lain peralatan fotografi yang anda telah miliki seperti macro lens, filter, softbox dan sebagainya
  • Anda juga boleh membeli berbagai peralatan fotografi dari pihak kami dengan harga diskaun. Sila hubungi kami di 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com
  • Untuk melihat peralatan yang kami tawarkan, SILA KLIK DI SINI. Tetapi, jangan lupa untuk menghubungi kami untuk mendapatkan harga diskaun, khas untuk peserta program BLF sahaja!
Objektif Untuk memberi pengetahuan, kefahaman dan kemahiran dalam penghasilan foto yang berkualiti dari segi teknik, kreativiti dan seni. Pada akhir bengkel ini, jurulatih kami akan memastikan ada kemajuan dalam kemahiran fotografi anda.

ANTARA SUBJEK & AKTIVITI DI DALAM PROGRAM INI:
1 SENI DALAM FOTOGRAFI
Anda akan diajar mengenai aspek seni dalam fotografi seperti sudut penggambaran, komposisi, foreground, background, elemen grafik dalam foto, teknik cropping, mood, kesan pencahayaan, komunikasi visual dan sebagainya.
2 TEKNIK FOTOGRAFI KREATIF
Pelajari dan praktikkan berbagai teknik untuk menghasilkan foto yang menarik seperti aplikasi teknik depth-of-field, penggunaan shutter speed yang kreatif, teknik penggunaan lensa, teknik mengawal cahaya, kawalan exposure yang kreatif dan berbagai tips lain yang praktikal untuk anda.
3 MENCARI DAN MEMPERKEMBANGKAN IDEA
Anda akan ditunjukkan cara dan dibimbing untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan foto yang menarik. Pembelajaran dibuat menggunakan teknik sketch dan seterusnya idea ini dibincangkan dan diperbaiki sebelum rakaman sebenar dibuat.
4 PROJEK RAKAMAN FOTO STILL LIFE
Di dalam projek ini, anda dikehendaki untuk merakam foto subjek still life sebagai asas untuk menguji dan melatih kemahiran anda dalam pemilihan subjek, komposisi dan pencahayaan.
5 PROJEK RAKAMAN FOTO POTRET
Dalam projek ini, anda akan belajar mengenai posing, kajian karakter, ekspresi, moment, mood, komunikasi dan pencahayaan.
6 PROJEK RAKAMAN FOTO SCENE
Dalam rakaman scene, komposisi adalah lebih mencabar untuk 'menyusun' berbagai elemen di dalam foto anda. Di dalam projek ini, anda akan dilatih untuk mendapatkan sudut rakaman yang terbaik, membuat komposisi, mengawal foreground dan background, mengawal depth-of-field dan sebagainya.
7 PANDUAN POST PRODUCTION (PHOTO EDITING & ENHANCEMENT)
Selepas rakaman foto untuk setiap projek, anda akan dibimbing oleh jurulatih tentang cara memilih gambar, membuat pemangkasan (cropping), kawalan kecerahan, kawalan kontras dan pembetulan warna.
8 SESI PENILAIAN GAMBAR
Selepas setiap projek, semua foto yang dirakam akan dinilai dan diberikan komen oleh jurulatih. Aspek teknikal dan nilai kesenian sesuatu gambar akan dibincangkan. Jurulatih juga akan menunjukkan cara untuk memperbaiki sesuatu gambar yang telah dirakam. Jurulatih akan memastikan ada peningkatan kualiti foto yang dirakam pada sesi yang berikutnya.
9 SESI SOAL JAWAB
Sesi soal jawab adalah salah satu sesi yang penting dalam bengkel ini bagi menjawab segala kemusykilan anda berkaitan fotografi. Beberapa sesi soal jawab akan diadakan disepanjang bengkel ini. Namun, anda juga boleh bertanya apa-apa soalan pada bila-bila masa secara santai.
10 SESI DEMONSTRASI TEKNIK OLEH JURULATIH
Dalam setiap subjek pelajaran, jurulatih akan menunjukkan demo cara merakam sesuatu gambar menggunakan peralatan atau teknik tertentu. Ini bagi memastikan peserta lebih mudah faham tentang subjek yang diajar.
11 PENGGUNAAN AKSESORI PENCAHAYAAN YANG DISEDIAKAN
Berbagai jenis aksesori pencahayaan fotografi seperti monoblock flash light, reflector, softbox, umbrella, diffuser panel, snoot, honey comb, light stand, tripod dan sebagainya akan disediakan bagi kegunaan peserta. Anda boleh cuba dan bereksperimen dengan peralatan ini bagi menghasilkan foto yang lebih menarik. Namun, adalah lebih baik jika anda membawa sendiri aksesori fotografi anda kerana aksesori yang kami sediakan adalah terhad bilangannya.
12 SESI BIMBINGAN INDIVIDU
Beberapa sesi bimbingan secara individu akan dilakukan disepanjang bengkel ini. Setiap peserta akan diberi peluang untuk berbincang dengan jurulatih secara one-to-one. Sesi ini diadakan bagi memastikan setiap peserta akan diberikan perhatian istimewa serta mendapat bimbingan yang khusus berdasarkan tahap pengetahuan, kemahiran, kebolehan, bakat dan minat setiap individu tersebut.
13 PENGHASILAN PORTFOLIO
Portfolio atau hasil karya oleh seseorang jurufoto adalah amat penting dalam menilai tahap kemahiran seseorang jurufoto. Di dalam bengkel ini, anda akan dibimbing untuk menghasilkan sekurang-kurangnya 3 portfolio terbaik yang akan menjadi kebanggaan anda. Foto-foto ini boleh anda gunakan untuk menyertai pertandingan fotografi, menggunakannya di dalam laman web atau untuk ditunjukkan kepada pelanggan anda sebagai bukti tahap kemahiran anda.
14 BERSERONOK SAMBIL BELAJAR!
Tidak seperti kursus fotografi lain, bengkel ini diadakan di hotel berhampiran pantai dengan suasana tenang, lebih menggalakkan anda untuk berkarya sambil menguasai kemahiran baru. Sesi pembelajarannya juga tidak membosankan kerana lebih dari 70% pembelajaran adalah dalam bentuk praktikal. Apa yang lebih menarik ialah, disepanjang bengkel ini, anda akan sentiasa dikelilingi rakan-rakan baru yang mempunyai minat yang sama dengan anda.
Dengan peserta berjumlah kecil dan konsep bengkel yang semi formal, interaksi dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain yang berkaitan yang akan disentuh di dalam bengkel ini. Jadi, subjek yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan seperti di atas sahaja. Selain dari itu, sesi praktikal dan tugasan berkumpulan yang diberikan akan memastikan setiap peserta memperolehi kefahaman dan kemahiran yang kukuh.


Di dalam bengkel ini, peserta akan banyak belajar secara praktikal dimana proses rakaman foto akan dibimbing dan diberi panduan oleh fasilitator. Foto akan diperbaiki peringkat demi peringkat sehinggalah mencapai tahap kualiti yang dikehendaki. Di bawah ini adalah salah satu contoh perkembangan foto yang dimaksudkan:


step by step still life

PROGRAM LEPAS
Antara foto dari Bengkel Lanjutan Fotografi yang telah diadakan sebelum ini:

bengkel lanjutan fotografi
Foto terbaik bagi kategori potret dan still life hasil karya peserta semasa Bengkel Lanjutan Fotografi kali pertama

bengkel lanjutan fotografi
Foto terbaik kategori scene dan aksi hasil karya peserta semasa Bengkel Lanjutan Fotografi kali pertama.

bengkel lanjutan fotografi
Hasil karya peserta secara berkumpulan untuk pembelajaran pencahayaan kreatif dengan bimbingan dari jurulatih semasa Bengkel Lanjutan Fotografi kali pertama

bengkel lanjutan fotografi
Antara sesi pembelajaran dan latihan praktikal di dalam dan di luar kelas

bengkel lanjutan fotografi
Karya foto peserta menunjukkan kemajuan dibandingkan dengan foto semasa awal program dan foto semasa akhir program

Gambar hasil peserta dari BLF kedua
Antara gambar yang dihasilkan oleh peserta semasa mengikuti Bengkel Lanjutan Fotografi kali kedua

Gambar hasil karya peserta untuk blf kali ketiga
Antara gambar yang dihasilkan oleh peserta semasa mengikuti Bengkel Lanjutan Fotografi kali ketiga yang telah diadakan di Sabah

group photo blf 1
Gambar peserta, jurulatih dan pembantu jurulatih untuk  Bengkel Lanjutan Fotografi kali pertama

group photo blf 2
Gambar peserta, jurulatih dan pembantu jurulatih untuk  Bengkel Lanjutan Fotografi kali kedua

group photo blf 3

Gambar peserta, jurulatih dan pembantu jurulatih untuk  Bengkel Lanjutan Fotografi kali ketiga yang telah diadakan di Sabah

ATURCARA PROGRAM
SEHARI SEBELUM PROGRAM BERMULA (25 MEI 2012, JUMAAT)
Peserta boleh mula check-in di hotel pada hari Jumaat sehari sebelum program bermula. Peserta boleh mula check-in selepas jam 3.00 petang. Makan malam akan disediakan pada jam 7.00 malam. Tiada apa-apa aktiviti pembelajaran akan dilakukan pada hari ini, jadi anda bebas untuk melakukan aktiviti sendiri.
HARI PERTAMA (26 MEI 2012, SABTU)
SESI 1
9.00 pg

  • Suai kenal dan taklimat bengkel
  • Sesi rakaman foto oleh peserta bagi menilai tahap kemahiran dalam fotografi
  • Pemilihan foto
SESI 2
11.00 pg
  • Teori dan demo rakaman foto still life
  • Peserta membuat sketch dan perkembangan idea
  • Perbincangan idea dan teknik
  • Peserta merakam foto still life (1)
SESI 3
2.00 ptg
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
SESI 4
4.00 ptg
  • Peserta merakam foto still life (2)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
SESI 5
8.00 mlm
Program tamat pada jam 10.00 mlm
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Teori dan demonstrasi teknik
  • Sesi soal jawab
  • Sesi bimbingan peribadi (secara one-to-one)
HARI KEDUA (27 MEI 2012, AHAD)
SESI 1
9.00 pg
  • Teori dan demo rakaman foto potret
  • Peserta membuat sketch dan perkembangan idea
  • Perbincangan idea dan teknik
  • Peserta merakam foto potret (1)
SESI 2
11.00 pg
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
SESI 3
2.00 ptg
  • Peserta merakam foto potret (2)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
SESI 4
4.00 ptg
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Teori dan demonstrasi teknik
  • Sesi soal jawab
SESI 5
8.00 mlm
Program tamat pada jam 10.00 mlm
  • Teori dan demo rakaman foto scene
  • Peserta membuat sketch dan perkembangan idea
  • Perbincangan idea dan teknik
  • Sesi soal jawab
  • Sesi bimbingan peribadi (secara one-to-one)
HARI KETIGA (28 MEI 2012, ISNIN)
SESI 1
9.00 pg
  • Peserta merakam foto scene (1)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
SESI 2
11.00 pg
  • Peserta merakam foto scene (2)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
  • Check-out dari bilik penginapan
SESI 3
2.00 ptg
  • Panduan merakam foto untuk projek akhir
  • Peserta merakam foto untuk projek akhir untuk subjek still-life, potret dan scene (tanpa bimbingan jurulatih)
  • Pemilihan foto dan mencantikkan foto
  • Sesi persembahan foto dan penilaian oleh jurulatih
  • Sesi soal jawab
SESI 4
4.00 ptg
Program tamat pada jam 6.00 ptg
  • Perbandingan gambar sebelum dan selepas menghadiri bengkel
  • Rumusan
  • Sesi soal jawab
  • Pemberian hadiah untuk 3 orang peserta terbaik
  • Pemberian sijil penyertaan
  • Bergambar kumpulan
  • Bersurai

NILAI UNTUK WANG ANDA
1 Demo akan diadakan selepas setiap tajuk yang diajar, untuk kefahaman yang lebih baik.
2 Alat bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan bagi memudahkan pemahaman.
3 Setiap kumpulan yang terdiri dari 7 orang akan dibimbing secara rapat oleh seorang jurulatih.
4 9 sesi soal jawab akan dibuka di sepanjang program ini. Anda berpeluang bertanya soalan terus kepada jurulatih pada setiap bahagian pelajaran.
5 9 sesi latihan praktikal akan diadakan untuk memastikan peserta benar-benar dapat menguasai pelajaran yang disampaikan.
6 9 sesi kritik akan diadakan bagi memastikan foto anda mencapai tahap terbaik yang dikehendaki. Jurulatih akan menyelesaikan masalah fotografi anda dan menunjukkan cara untuk anda perbaiki kualiti foto yang dirakam.
7 2 sesi perbincangan secara one-to-one untuk setiap peserta agar setiap peserta dapat dibimbing secara peribadi berdasarkan tahap pengetahuan, kemahiran, kebolehan, bakat dan minat setiap individu.
8 Bengkel yang diadakan di hotel luar bandar berdekatan dengan pantai dapat membantu anda memberi tumpuan penuh kepada program yang diadakan dan dalam masa yang sama boleh menjadi pemangkin untuk anda menghasilkan karya kreatif
9 Dengan menginap di hotel, masa anda akan diluangkan secara maksima untuk pembelajaran fotografi samada semasa di dalam kelas, semasa praktikal, semasa waktu makan, mahupun semasa bersantai. Pembelajaran dan perkongsian idea dapat dijalankan sepanjang masa, baik dengan rakan atau jurulatih.
10 Masa 3 hari yang diluangkan untuk sama-sama belajar dan merakam gambar akan membolehkan anda mendapat rakan-rakan baru dan membuat networking yang sememangnya amat penting dalam fotografi. Anda boleh teruskan aktiviti anda dalam fotografi dengan rakan-rakan baru anda selepas bengkel ini nanti
11 Komitmen kami untuk memastikan ada kemajuan dalam foto yang anda hasilkan. Foto anda selepas tamat bengkel akan dibandingkan dengan foto anda sebelum menghadiri bengkel. Kami akan pastikan foto anda akan jadi lebih kreatif dan lebih berkualiti.
12 Makan minum disediakan di sepanjang program ini dari awal pagi hingga lewat malam.
13 Nota pelajaran akan diberikan kepada setiap peserta.
14 Sijil penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta.

PERCUMA DENGAN SETIAP PENYERTAAN:t shirt blf percuma



ANTARA JABATAN KERAJAAN DAN SYARIKAT KOPRAT YANG PERNAH MENGHANTAR PESERTA MENYERTAI BERBAGAI KURSUS ANJURAN FOTOTEACHER:

Tourism Malaysia Universiti Malaysia Pahang
Telekom Malaysia Berhad Universiti Malaysia Sabah
Tenaga Nasional Berhad Universiti Teknikal Melaka
Jabatan Perdana Menteri UNISEL
Bank Negara Malaysia Lembaga Pelabuhan Bintulu
Petronas Carigali Malaysian Palm Oil Board
Jabatan Audit Negara FELCRA Berhad
SME Bank Kementerian Kerja Raya
Pos Malaysia Bank Muamalat
Perpustakaan Negara Affin Bank
MeCD KLiUC
Keretapi Tanah Melayu Berhad Credit Guarantee Corporation
International Islamic University Universiti Sains Malaysia
Universiti Putra Malaysia NAHRIM
Universiti Malaysia Terengganu MISC

Kami turut menerima bayaran menerusi L.O. atau P.O. dari jabatan kerajaan atau syarikat koprat. Perniagaan kami juga berdaftar dengan Kementerian Kewangan dan mempunyai lesen MOF dalam bidang latihan fotografi serta turut mempunyai status Bumiputera

YURAN PENYERTAAN
HARGA BIASA
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA (menggunakan L.O. atau P.O.)
Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat.

RM2,500.00 seorang
HARGA BIASA INDIVIDU
Anda boleh buat bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula
RM1,800.00 seorang
HARGA DISKAUN
Anda layak mendapat diskaun seperti yang dinyatakan sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari kategori yang dinyatakan di bawah. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum hadir bagi mendapat diskaun.
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500 (peserta individu, bukan dari Jabatan Kerajaan atau Syarikat Koprat). Tidak sah untuk bekas peserta yang membuat pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O.
RM1,600.00 seorang
PESERTA DARI LUAR KUALA LUMPUR
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya
PENYERTAAN BERKUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini
MAKLUMAT PENTING:
  • Harga termasuk penginapan (1 bilik untuk 2 orang) untuk 4 hari 3 malam
  • Check-in pada 25 Mei 2012 (Jumaat) selepas jam 3.00 petang. Kursus/bengkel akan bermula pada keesokan harinya iaitu 26 Mei 2012 (Sabtu)
  • Check-out dari bilik hotel pada 28 Mei 2012 (Isnin) sebelum jam 1.00 petang. Tetapi kursus diteruskan sehingga jam 6.00 petang.
  • Sekiranya anda tidak ingin bermalam di hotel, harga yang dikenakan adalah tetap sama
  • Anda boleh membawa rakan atau keluarga anda untuk menginap di hotel bersama anda. Anda perlu buat bayaran tambahan untuk kos penginapan tambahan ini. Namun ini tertakluk kepada kekosongan bilik hotel. Sila tempah segera sebelum bilik dipenuhi. Sila hubungi kami di 03-91017155 untuk maklumat lanjut.
  • Makanan disediakan di sepanjang program dari awal pagi hingga lewat malam.
  • Pengangkutan ke dan dari hotel tidak disediakan.
kami menerima visa dan mastercard
  • KAMI MENERIMA BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT VISA DAN MASTERCARD SECARA ONLINE! UNTUK MAKLMUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 03-91017155 / 012-3937155 ATAU E-MEL SALES@FOTOTEACHER.COM
  • Semua harga tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran.



PENTING
Bayaran tidak perlu dibuat serta merta. Daftar dahulu, kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih berminat.
Kami juga boleh mengadakan kursus khas di tempat anda atau mengadakan latihan fotografi khusus berdasarkan keperluan anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas.

Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com