
BENGKEL LANJUTAN FOTOGRAFI
EDISI KOTA KINABALU SABAH
(BLFS)
Bengkel intensif 3 hari 2 malam ini padat dengan sesi praktikal dengan bimbingan rapat dari jurulatih. Aspek seni dan teknik fotografi akan diberikan penekanan dalam penghasilan foto yang berkualiti. Semestinya program ini akan memperlengkapkan anda ke arah menjadi seorang jurufoto yang kreatif samada sebagai hobi atau kerjaya. |
| MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM |
| Program |
Bengkel Lanjutan Fotografi Edisi Sabah |
| Kod program |
BLFS |
| Jurulatih |
Hasnuddin Abu
Samah / Kaharuddin Samad (Bergantung kepada kelapangan masa jurulatih) KLIK DI SINI UNTUK MELIHAT BIODATA JURULATIH |
| Durasi |
3
hari 2 malam |
| Masa |
8.00 pagi - 9.00 malam |
| Bahasa
perantara |
Bahasa
Melayu |
| Jumlah
peserta |
Eksklusif
untuk 20 orang sahaja |
| Nisbah jurulatih dengan peserta |
1:7 (Seorang jurulatih bagi setiap 7 orang peserta) |
| Syarat
penyertaan |
Mestilah telah menghadiri Kursus Asas Fotografi Digital (AFD) anjuran FOTOTEACHER.COM atau telah mempunyai asas teknikal fotografi yang kukuh. Untuk memastikan anda telah mempunyai kefahaman asas fotografi, sila jawab soalan penilaian DI SINI |
| Siapa patut hadir |
Individu yang ingin memiliki kemahiran fotografi dari aspek kreativiti, teknik dan seni samada sebagai hobi atau kerjaya |
| Persediaan sebelum hadir program |
| 1) |
Ulangkaji pengetahuan asas teknikal fotografi |
| 2) |
Senaraikan 10 masalah/soalan/kelemahan anda dalam menghasilkan foto yang kreatif/menarik dan nyatakan semasa hadir bengkel |
| 3) |
Bawa bersama 10 keping gambar terbaik anda dalam berbagai kategori. Sila burn gambar ini di dalam CD/DVD. Gambar ini akan digunakan untuk menilai tahap kemahiran peserta. Peserta akan dibimbing agar menampakkan kemajuan berbanding kemahiran sedia ada |
|
| Peralatan
yang perlu dibawa |
| 1) |
Kamera DSLR dan buku manual kamera anda |
| 2) |
Kit lens atau sebarang jenis lensa |
|
| Peralatan tambahan
yang perlu dibawa (jika ada) |
| 1) |
Flash dan buku manual flash |
| 2) |
Lensa telephoto |
| 2) |
Tripod |
| 3) |
Reflector |
| 3) |
Laptop dan memory card reader |
|
| Objektif |
Untuk
memberi kefahaman dan kemahiran dalam penghasilan foto yang berkualiti dari segi kreativiti, teknik dan seni. Pada akhir bengkel ini, jurulatih kami akan memastikan ada kemajuan dalam kemahiran fotografi anda. |
| ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI: |
| 1 |
Melihat, menilai, memahami dan melaraskan exposure dalam kecerahan yang mengelirukan untuk hasil foto yang kreatif. Belajar mengenai bracketing, silhoutte, low key dan high key. |
| 2 |
Memahami, mengawal dan menggunakan pencahayaan bagi mendapatkan kesan terbaik kepada foto. Belajar sudut cahaya, suhu warna, diffused light, hard light dan berbagai teknik penggunaan reflector. |
| 3 |
Penggunaan shallow dan great depth-of-field dan kesannya kepada mesej, impact dan kualiti gambar. |
| 4 |
Penggunaan kawalan shutter speed untuk mendapat kesan fast shutter, slow shutter dan panning serta situasi sesuai untuk kegunaannya. |
| 5 |
Penggunaan foreground dan background serta kesannya untuk menguatkan subjek utama dan penyampaian berkesan kepada mesej gambar. |
| 6 |
Pemilihan lensa yang sesuai samada untuk dapatkan perspektif, tight shot dan close-up untuk subjek tertentu. Pelajari teknik penggunaan lensa wide angle dan telephoto yang berkesan. |
| 7 |
Aplikasi unsur seni dan grafik seperti mood, line, shadow, shape, pattern, texture, symmetry, balancing, space, frame within frame, repeatation, reflection dan color dalam memberikan kesan terbaik kepada foto. |
| 8 |
Persediaan sebelum merakam gambar melalui penterjemahan idea melalui sketch. Mengenal pasti subjek, mencantikkan subjek, menyampaikan mesej melalui visual serta memasukkan unsur seni, kreativiti dan elemen grafik ke dalam foto yang dihasilkan |
| 9 |
Cara mendapatkan sudut penggambaran yang menarik menerusi view point berbeza seperti eye level, high angle, low angle dan penggunaan foreground |
| 10 |
Memahami dan mempraktikkan komposisi foto dengan mengambil kira leading line, looking room, head room, rule of third, juxtaposition dan cropping |
| 11 |
Mengaplikasikan kawalan teknikal, teknik fotografi, elemen seni, elemen grafik, komposisi dan komunikasi visual dalam merakam gambar still life, potret, scene dan aktiviti |
| 12 |
Sesi kritik yang akan membincangkan secara terperinci mengenai kelemahan foto yang dirakam sekaligus menerangkan cara untuk memperbaiki kualiti foto tersebut. |
| Dengan
peserta berjumlah kecil dan konsep bengkel yang semi formal, interaksi
dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain
yang berkaitan yang akan disentuh di dalam bengkel ini. Jadi, subjek
yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan
seperti di atas sahaja. Selain dari itu, sesi praktikal dan tugasan berkumpulan yang diberikan akan memastikan setiap peserta memperolehi kefahaman dan kemahiran yang kukuh. |
| PROGRAM LEPAS |
| Antara foto dari Bengkel Lanjutan Fotografi yang telah diadakan pada tahun 2009: |
Foto terbaik bagi kategori potret dan still life hasil karya peserta semasa Bengkel Lanjutan Fotografi
Foto terbaik kategori scene dan aksi hasil karya peserta semasa Bengkel Lanjutan Fotografi
Hasil karya peserta secara berkumpulan untuk pembelajaran pencahayaan kreatif dengan bimbingan dari jurulatih semasa Bengkel Lanjutan Fotografi
Antara sesi pembelajaran dan latihan praktikal di dalam dan di luar kelas
Karya foto peserta menunjukkan kemajuan dibandingkan dengan foto semasa awal program dan foto semasa akhir program
Gambar peserta, jurulatih dan pembantu jurulatih untuk Bengkel Lanjutan Fotografi 19-21 Disember 2009 |
| ATURCARA PROGRAM |
| HARI PERTAMA |
SESI 1
8.00 pg
(Check-in ke bilik hotel selepas jam 2.00 ptg sehari sebelum)
|
- Suai kenal dan taklimat bengkel
- Asas seni dan grafik. Perkembangan idea melalui sketch
- Mengenalpasti dan menyerlahkan subjek (Teori dan demo)
- Mengenalpasti dan menggunakan latar belakang (Teori dan demo)
- Sesi soal jawab
|
SESI 2
10.00 pg |
- Komposisi (Teori dan demo)
- Lensa dan sudut rakaman (Teori dan demo)
- Sesi soal jawab
|
SESI 3
1.00 ptg |
- Teknik fotografi (Teori dan demo)
- Sesi soal jawab
- Latihan perkembangan idea dan sketch (Praktikal)
|
SESI 4
3.00 ptg |
- Merakam 3 subjek still life (Praktikal)
- Merakam 3 jenis teknik fotografi (Praktikal)
- Pemilihan gambar dan bimbingan dalam kumpulan
|
SESI 5
7.00 mlm
Program tamat pada jam 9.00 mlm |
- Sesi kritik dan perbincangan
- Sesi soal jawab
|
| HARI KEDUA |
SESI 1
8.00 pg
|
- Memahami dedahan (Teori dan demo)
- Asas pencahayaan (Teori dan demo)
- Teknik rakam gambar potret (Teori dan demo)
- Sesi soal jawab
|
SESI 2
10.00 pg |
- Elemen grafik dalam fotografi (Teori dan demo)
- Teknik rakam scene (Teori dan demo)
- Sesi soal jawab
|
SESI 3
1.00 ptg |
- Latihan perkembangan idea dan sketch (Praktikal)
- Rakam 3 jenis potret (Praktikal)
- Rakam 5 element grafik (Praktikal)
|
SESI 4
3.00 ptg |
- Rakam 3 jenis scene (Praktikal)
- Pemilihan gambar dan bimbingan dalam kumpulan
|
SESI 5
7.00 mlm
Program tamat pada jam 9.00 mlm |
- Sesi kritik dan perbincangan
- Sesi soal jawab
|
| HARI KETIGA |
SESI 1
8.00 pg
|
- Latihan perkembangan idea dan sketch (Praktikal)
- Perbaiki gambar terdahulu - still life, potret dan scene (Praktikal)
- Pemilihan gambar dan bimbingan dalam kumpulan
|
SESI 2
10.00 pg |
- Sesi kritik untuk gambar still life, potret dan scene
- Teknik rakam gambar aksi/aktiviti/dokumentari (Teori dan demo)
- Sesi soal jawab
|
SESI 3
1.00 ptg |
- Latihan perkembangan idea dan sketch
- Rakam gambar aksi/aktiviti/dokumentari (Praktikal)
- Pemilihan gambar dan bimbingan dalam kumpulan
|
SESI 4
3.00 ptg
Program tamat pada jam 5.00 ptg |
- Perbandingan gambar sebelum dan selepas menghadiri bengkel
- Rumusan
- Sesi soal jawab
- Bergambar kumpulan
|
| NILAI UNTUK WANG ANDA |
| 1 |
Demo
akan diadakan selepas setiap tajuk yang diajar, untuk kefahaman yang lebih baik. |
| 2 |
Alat
bantuan mengajar seperti projektor dan TV digunakan bagi memudahkan pemahaman. |
| 3 |
Setiap kumpulan yang terdiri dari 7 orang akan dibimbing secara rapat oleh seorang jurulatih. |
| 4 |
9 sesi soal jawab akan dibuka di sepanjang program ini. Anda
berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada
setiap bahagian pelajaran. |
| 5 |
10 sesi latihan praktikal akan diadakan untuk memastikan peserta benar-benar dapat menguasai pelajaran yang disampaikan. |
| 6 |
3 sesi kritik akan diadakan bagi memastikan foto anda mencapai tahap terbaik yang dikehendaki. Jurulatih akan menyelesaikan masalah fotografi anda dan menunjukkan cara untuk anda perbaiki kualiti foto yang dirakam. |
| 7 |
Bengkel yang diadakan di hotel luar bandar berdekatan dengan pantai dapat membantu anda memberi tumpuan penuh kepada program yang diadakan dan dalam masa yang sama boleh menjadi pemangkin untuk anda menghasilkan karya kreatif |
| 8 |
Dengan menginap di hotel, masa anda akan diluangkan secara maksima untuk pembelajaran fotografi samada semasa di dalam kelas, semasa praktikal, semasa waktu makan, mahupun semasa bersantai. Pembelajaran dan perkongsian idea dapat dijalankan sepanjang masa, baik dengan rakan atau jurulatih. |
| 9 |
Masa 3 hari yang diluangkan untuk sama-sama belajar dan merakam gambar akan membolehkan anda mendapat rakan-rakan baru dan membuat networking yang sememangnya amat penting dalam fotografi. Anda boleh teruskan aktiviti anda dalam fotografi dengan rakan-rakan baru anda selepas bengkel ini nanti |
| 10 |
Komitmen kami untuk memastikan ada kemajuan dalam foto yang anda hasilkan. Foto anda selepas tamat bengkel akan dibandingkan dengan foto anda sebelum menghadiri bengkel. Kami akan pastikan foto anda akan jadi lebih kreatif dan lebih berkualiti. |
| 11 |
Makan minum disediakan di sepanjang program ini dari pagi hingga malam. |
| 12 |
Nota
pelajaran akan diberikan kepada setiap peserta. |
| 13 |
Sijil
penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta. |
PERCUMA
DENGAN SETIAP PENDAFTARAN: |
| YURAN PENYERTAAN |
| HARGA BIASA |
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA
Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat
|
RM2,200.00 seorang |
HARGA BIASA INDIVIDU
Anda boleh buat bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula |
RM1,700.00 seorang |
HARGA DISKAUN
Anda layak mendapat diskaun seperti yang dinyatakan sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari kategori yang dinyatakan di bawah. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum hadir bagi mendapat diskaun. |
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500. Tidak sah untuk pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O. |
RM1,500.00 seorang |
PESERTA DARI LUAR KOTA KINABALU
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kota Kinabalu. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya |
PENYERTAAN BERKUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam
satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program |
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini |
| DISKAUN KHAS UNTUK INDIVIDU YANG PERNAH MENGHADIRI LEBIH DARI 2 PROGRAM FOTOTEACHER SEBELUM INI YANG TELAH MEMBAYAR JUMLAH KESELURUHAN PROGRAM BERNILAI LEBIH DARI RM1,500.00. HUBUNGI KAMI UNTUK DAPATKAN HARGA ISTIMEWA INI. |
MAKLUMAT PENTING:
- Harga termasuk penginapan (1 bilik untuk 2 orang) untuk 4 hari 3 malam
- Check-in pada 8 Oktober 2010 (Jumaat) selepas jam 2.00 petang. Kursus bermula pada keesokan harinya iaitu 9 Oktober 2010.
- Check-out dari bilik hotel pada 11 Oktober 2010 sebelum jam 1.00 petang. Tetapi kursus diteruskan sehingga jam 5.00 petang.
- Sekiranya anda tidak ingin bermalam di hotel, harga yang dikenakan adalah tetap sama.
- Anda boleh membawa rakan atau keluarga anda untuk menginap di hotel bersama anda. Anda perlu buat bayaran tambahan untuk kos penginapan tambahan ini. Namun ini tertakluk kepada kekosongan bilik hotel. Sila hubungi kami di 03-91017155 untuk maklumat lanjut.
- Makanan disediakan di sepanjang program dari pagi hingga malam.
- Pengangkutan ke dan dari hotel tidak disediakan.
|
- KAMI MENERIMA BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT VISA DAN MASTERCARD SECARA ONLINE! UNTUK MAKLMUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 03-91017155 / 012-3937155 ATAU E-MEL SALES@FOTOTEACHER.COM
- Semua harga tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran.
|
| PENTING |
| Bayaran tidak perlu dibuat serta merta. Daftar dahulu, kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih berminat. |
| Kami juga
boleh mengadakan kursus khas di tempat anda atau mengadakan latihan fotografi khusus berdasarkan keperluan anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut. |
| Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-6020770 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com |
| Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas. |
|