fotoxpress logo

KURSUS ASAS FOTOGRAFI YANG RINGKAS DAN PADAT
DENGAN HARGA YANG SUNGGUH MENJIMATKAN!



Pelajari cara mengawal kamera anda dalam program FOTOXPRESS yang dinanti-nantikan selama ini!
Adakah anda rasa keliru dengan berbagai butang kawalan dan istilah pada kamera digital anda dan ingin mengetahui cara mudah menggunakannya?
Adakah anda berminat dalam fotografi, tetapi belum bersedia untuk melaburkan terlalu banyak wang dan masa untuk mempelajarinya dengan mendalam?
Adakah anda ingin hadir kursus asas fotografi sebelum ini tetapi tidak mampu membayar yuran yang mahal?
Jika jawapan anda adalah 'ya' bagi situasi di atas, anda mesti hadir ke program ini!

MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM
Program FOTOXPRESS
Kod program FEX
Durasi 1 hari
Masa 9.00 pagi - 6.00 petang
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Maksima 50 orang peserta
Objektif Untuk membolehkan peserta mengawal kamera DSLR bagi mendapatkan hasil foto yang berkualiti dari segi teknikal
Siapa patut hadir
Kursus ringkas dan padat ini sesuai dihadiri oleh:
1) Individu yang kurang berkemampuan untuk hadir kursus asas fotografi yang lebih intensif yang mengenakan yuran lebih mahal
2) Individu yang baru memiliki kamera digital dan ingin tahu cara menggunakannya dengan betul dalam masa yang cepat
3) Individu yang meminati fotogafi, tetapi tidak bercadang untuk terlalu serius atau belajar fotografi secara mendalam dalam masa yang terdekat ini
4) Individu yang meminati fotografi, tetapi belum pasti samada bidang ini betul-betul sesuai untuknya dan belum sanggup untuk pelajari fotografi secara terlalu mendalam atau hadir ke kursus yang intensif yang berharga lebih mahal
Jika anda benar-benar serius dalam fotografi dan berminat untuk belajar secara mendalam, kami sarankan agar anda hadir ke kursus yang lebih intensif dan lengkap - Kursus Asas Fotografi Digital (AFD)
Syarat penyertaan Terbuka kepada semua individu yang berminat untuk mempelajari asas kawalan kamera digital samada kamera compact/point and shoot atau kamera DSLR. Juga terbuka kepada pengguna sebarang jenama kamera samada Nikon, Canon, Sony, Olympus, Pentax dan sebagainya.
Persediaan sebelum hadir program
1) Kenali semua kawalan kamera anda seperti mengenali butang kawalan aperture, shutter, ISO dan sebagainya
Peralatan yang perlu dibawa
1) Kamera DSLR sebarang jenama
2) Lensa
3) Buku manual kamera
4) Pen dan buku nota
Kemudahan yang disediakan
1) Minum pagi dan minum petang disediakan
2) Makan tengahari disediakan
3) Surau dan tandas berdekatan dengan tempat kursus

ANTARA SUBJEK DI DALAM PROGRAM INI:
1 Teknik memfokus secara AF dan MF
Dengan memahami subjek ini, foto yang dirakam oleh anda akan mendapat kualiti foto yang tajam (sharp) dengan cara yang cepat dan tepat
2 Fungsi dan kesan shutter speed
Ketahui kesan shutter kepada exposure (kecerahan foto) dan kesannya kepada foto yang tajam tanpa gegaran. Anda juga akan dapat menghasilkan foto yang kreatif dengan teknik menggunakan kawalan shutter
3 Fungsi dan kesan aperture
Pelajari mengenai kesan aperture kepada kecerahan foto dan kesannya kepada medan ketajaman foto atau depth-of-field (bokeh)
4 Fungsi dan kesan ISO
Fahami cara yang betul menggunakan kawalan ISO supaya anda dapat merakam foto yang bebas dari noise (foto dengan kesan berbintik) dan pelajari bagaimana untuk merakam foto di tempat yang kurang cahaya tanpa menggunakan flash
5 Fungsi dan cara menggunakan auto exposure mode
Pelajari cara mengawal kamera secara automatik tetapi masih boleh mendapatkan foto yang berkualiti seperti yang anda kehendaki
6 Fungsi dan cara menggunakan exposure compensation
Pastikan anda yang mengawal kamera, bukan kamera yang mengawal anda! Dapatkan kecerahan foto seperti yang anda kehendaki - tepat pada setiap masa!
7 Fungsi dan cara menggunakan exposure meter
Gunakan kebijaksanaan dan teknologi kamera anda untuk membantu anda mendapat foto yang berkualiti tinggi. Tanpa pengetahuan ini, kamera yang canggih pun tidak akan berfungsi seperti sepatutnya...
8 Fungsi dan cara menggunakan metering pattern
Fahami dengan sebenarnya kawalan yang selalu mengelirukan ramai jurufoto lain - bagaimanakah cara untuk menggunakan tetapan metering pattern spot, centre weighted, matrix dan sebagainya
9 Fungsi dan cara menggunakan manual exposure mode
Dengan mengetahui rahsia jurufoto terdahulu menggunakan kawalan manual, anda tidak lagi akan menggunakan kawalan automatik selepas ini!
10 Cara mengawal white balance
Pelajari petua mudah kawalan ini bagi mendapatkan foto yang natural tanpa kesilapan warna - tidak perlu Photoshop!
11 Karakter dan cara penggunaan lensa yang betul
Ketahui banyak kelebihan kit lens yang ramai orang tidak tahu. Ini akan dapat difahami bila anda belajar tentang focal length sesuatu lensa dan kesannya kepada foto yang anda rakam
12 Lain-lain subjek yang berkaitan dengan asas kawalan kamera
Banyak lagi subjek lain akan disentuh secara kasual dan akan ditimbulkan dari sesi soal jawab yang diadakan
SIJIL PENYERTAAN AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP PESERTA!

PERBEZAAN KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL (AFD) DENGAN FOTOXPRESS (FEX)
Kedua-dua kursus ini - AFD dan FEX adalah kursus mengenai pelajaran asas fotografi, tetapi terdapat perbezaan kualiti dan nilai dari segi berikut:
KURSUS ASAS FOTOGRAFI DIGITAL (AFD) FOTOXPRESS (FEX)
Harga biasa individu: RM850 Harga biasa individu: RM350
Sukatan pelajaran lebih lengkap dan terperinci. Sesuai dihadiri oleh peserta yang ingin belajar asas fotografi digital secara mendalam Sukatan pelajaran ringkas dan padat. Sesuai dihadiri oleh peserta yang sekadar ingin tahu perkara penting mengenai kawalan kamera digital
Jurulatih mempunyai pendidikan formal dalam bidang fotografi dari institusi bertauliah dan mempunyai pengalaman dalam industri sekurang-kurangnya lebih dari 15 tahun Jurulatih dilatih sendiri oleh FOTOTEACHER dan mempunyai pengalaman dalam fotografi lebih dari 3 tahun
Durasi: 2 hari Durasi: 1 hari
Jumlah peserta maksima 30 orang, bermakna tumpuan yang lebih baik boleh diberikan kepada setiap peserta. Jumlah peserta maksima 50 orang
Sesi soal jawab tidak terhad. Peserta boleh bertanya soalan bila-bila masa di sepanjang kursus Sesi soal jawab terhad untuk 30 minit sahaja dalam 2 sesi soal jawab yang dikhaskan
Ujian kefahaman untuk setiap bahagian pelajaran (3 kali ujian) bagi memastikan semua peserta memahami apa yang telah diajar Tiada ujian kefahaman
Peserta mendapat diskaun khas untuk menyertai kursus lain anjuran FOTOTEACHER Tiada diskaun untuk kursus lain
Khidmat sokongan selepas kursus untuk menjawab soalan dan masalah peserta Khidmat sokongan selepas kursus tidak disediakan
Nota lengkap diberikan Nota ringkas diberikan
Kepada anda yang lebih berkemampuan dan komited ingin mempelajari asas fotografi secara mendalam, anda disarankan untuk hadir kursus AFD (Kursus Asas Fotografi Digital) di FOTOTEACHER. Jika sebaliknya, anda boleh hadir ke program FOTOXPRESS

Group Photo Fotoxpress
Gambar peserta program FOTOXPRESS yang telah diadakan sebelum ini. Lebih dari 70 orang peserta telah menghadirkan diri. Untuk program FOTOXPRESS selepas ini, jumlah penyertaan akan dihadkan kepada 50 orang sahaja, jadi jangan lepaskan peluang kali ini - buat pendaftaran segera!

YURAN PENYERTAAN
HARGA BIASA
HARGA PENYERTAAN DARI JABATAN KERAJAAN ATAU SYARIKAT SWASTA
Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat
RM700.00
seorang
HARGA BIASA INDIVIDU
Bayaran penuh dibuat sebelum kursus
RM350.00
seorang
HARGA DISKAUN
Anda layak mendapat diskaun seperti yang dinyatakan di bawah sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari kategori yang dinyatakan. Bayaran penuh hendaklah dibuat sebelum hadir bagi mendapat diskaun.
BEKAS PESERTA PROGRAM FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri sekurang-kurangnya satu program FOTOTEACHER sebelum ini yang bernilai sekurang-kurangnya RM500. Tidak sah untuk pembayaran dengan cek melalui L.O. atau P.O.
RM280.00
seorang
PESERTA DARI LUAR KUALA LUMPUR
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya
PENYERTAAN BERKUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan seramai 2 orang atau lebih dalam satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri program
PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini
DISKAUN BERKUMPULAN KHAS UNTUK PELAJAR SEKOLAH/UNIVERSITI
Sila hubungi kami untuk diskaun khas bagi pelajar sekolah/universiti yang hadir secara berkumpulan. Hubungi kami di 03-91017155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com
kami menerima visa dan mastercard
  • KAMI MENERIMA BAYARAN MENGGUNAKAN KAD KREDIT VISA DAN MASTERCARD SECARA ONLINE! UNTUK MAKLMUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI 03-91017155 / 012-3937155 ATAU E-MEL SALES@FOTOTEACHER.COM
  • Semua harga tertakluk kepada kekosongan tempat. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran.



PENTING
Bayaran tidak perlu dibuat serta merta. Daftar dahulu, kami akan hubungi anda kemudian untuk cara membuat bayaran jika anda masih berminat.
Kami juga boleh mengadakan kursus khas di tempat anda atau mengadakan latihan fotografi khusus berdasarkan keperluan anda. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.
Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-91017155/012-3937155 atau e-mel kepada sales@fototeacher.com

Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas.

LANGGAN NEWSLETTER PERCUMA DARI FOTOTEACHER.COM!
Anda akan mendapat artikel dan tips fotografi secara percuma, diberitahu mengenai promosi terkini, berita terkini, kursus terkini dan lain-lain lagi. Langgan newsletter FOTOTEACHER sekarang! SILA KLIK DI SINI

Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com