BENGKEL ASAS PHOTOSHOP (BAP)

Di dalam bengkel ini, anda akan diajar cara menggunakan perisian Adobe Photoshop untuk mencantikkan foto yang telah dirakam. Anda juga akan ditunjukkan bagaimana cara untuk menjadikan gambar anda kelihatan realistik mengikut standard fotografi sebenar. Bengkel intensif ini berteraskan praktikal dimana peserta akan melakukan sendiri setiap apa yang telah diajar, dengan bimbingan rapat dari tutor
MAKLUMAT
TERPERINCI PROGRAM
| Program |
Bengkel Asas Photoshop (BAP) |
| Durasi |
1
hari |
| Jurulatih Utama |
Affandi / Hasnuddin |
| Tempat |
Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM
No. 1-9, Tingkat 1, Blok C, Megan Phoenix,
Jalan Cheras, 56000 Kuala Lumpur.
KLIK DI SINI UNTUK PETA KE LOKASI |
| Bahasa
perantara |
Bahasa
Melayu |
| Jumlah
peserta |
Eksklusif
untuk 15 orang peserta sahaja |
| Syarat
penyertaan |
Untuk
individu yang belum mempunyai asas penggunaan Adobe Photoshop atau individu yang ingin memantapkan lagi pengetahuan asas dan teknik sebenar penggunaan Photoshop. |
| Peralatan
yang perlu dibawa |
Anda perlu membawa laptop sendiri siap dengan perisian Adobe Photoshop. |
| Objektif |
Pada akhir kursus, peserta akan mendapat kefahaman yang kukuh mengenai asas penggunaan Photoshop baik dari kawalan teknikal mahupun artistik. Peserta juga akan mendapat kefahaman sebenar kaitan fotografi dan Photoshop. |
Kami juga
boleh mengadakan kursus di tempat anda. Hubungi Puan Azida di 03-91017155 untuk maklumat lanjut.

Mencantikkan wajah dalam foto potret menggunakan perisian Adobe Photoshop

Membuat kawalan kecerahan dan kontras di dalam foto

Menambahkan imej lain ke dalam foto dan dalam masa yang sama menjadikan sesuatu foto kelihatan original

Cara menghasilkan gambar hitam putih berserta kawalan dodging dan burning agar gambar kelihatan lebih menarik

Cara mengasingkan objek dari latarbelakang

Berbagai cara untuk mencantikkan foto yang telah dirakam
ANTARA
SUBJEK DALAM BENGKEL INI:
| 1 |
SAIZ DAN RESOLUSI GAMBAR
Pelajari mengenai asas imej digital sebagai asas sebelum memahami Photoshop. Fahami dengan sebenarnya mengenai file format, Image size, resolution dan sebagainya. |
| 2 |
WORKFLOW
Pelajari kepentingan workflow untuk menjadikan proses kerja anda lebih sistematik, cepat dan cekap. Pelajari mengenai resizing, folder management, renaming, back-up storage dan sebagainya. |
| 3 |
CARA MEMBETULKAN EXPOSURE
Bagaimana menentukan exposure yang betul dari sudut fotografi. Pelajari cara menggunakan alat untuk membetulkan exposure gambar seperti level, curve dan kontras. |
| 4 |
CARA MEMBETULKAN WARNA
Cara melihat dan memahami warna. Kaitan warna dengan white balance. Fahami kesan warna dalam penghasilan gambar yang menarik. Fahami juga mengenai skin tone. Pelajari alat untuk mengawal dan membetulkan warna seperti color profile sRGB, Adobe RGB, CMYK, level, curve, color balance, hue dan saturation. |
| 5 |
CARA CROPPING
Setelah membuat komposisi yang terbaik ketika merakam gambar, dalam Photoshop, kita boleh memperbaiki lagi komposisi gambar dengan membuat cropping. Fahami teknik yang betul untuk cropping berdasarkan penyampaian cerita, rules-of-third, looking room dan head room. Fahami tentang penggunaan ruang dan impak visual. Pelajari tentang kawalan scale, resolution cropping, free cropping dan sebagainya. Anda juga akan diajar cara untuk membuat tool preset untuk menjimatkan masa suntingan. |
| 6 |
TEKNIK VIGNETTE YANG BETUL
Vignetting merupakan satu teknik dari fotografi konvensional dan seharusnya kelihatan asli. Pelajari teknik yang betul untuk membuat teknik vignetting dengan menggunakan beberapa kawalan dalam Photoshop. |
| 7 |
TEKNIK SHARPEN YANG BETUL
Sharpen sering digunakan dalam Photoshop untuk menajamkan lagi gambar. Pelajari teknik yang betul untuk penajaman gambar dengan menggunakan unsharp mask dan smart sharpen. |
| 8 |
CARA MEMBUAT GAMBAR HITAM PUTIH
Fahami mengapa sesuatu gambar itu perlu dijadikan gambar hitam dan putih. Fahami asas gambar hitam putih yang sebenar dalam fotografi dan sejarahnya ketika era filem hitam putih. Pelajari beberapa cara yang betul dan cepat untuk membuat gambar hitam putih dengan mengikut standard fotografi sebenar. |
| 9 |
CARA MEMBUAT GAMBAR SEPIA
Dalam fotografi konvensional, gambar sepia berasal dari gambar hitam putih yang dikenakan bahan kimia - sepia toner. Fahami warna sepia dan pelajari cara yang betul untuk membuat gambar sepia menggunakan beberapa kawalan dalam Photoshop. |
| 10 |
CARA MEMBUANG SESUATU OBJEK DARI GAMBAR
Pelajari cara untuk membuang gambar sesuatu objek dengan cara yang betul berlandaskan peraturan dan etika fotografi sebenar. Anda akan ditunjukkan cara yang cepat dan kemas untuk hasil yang kelihatan asli dengan penggunaan beberapa kawalan dalam Photoshop. |
| 11 |
CARA MENUKAR BACKGROUND
Buang dan masukkan background baru tanpa membuatkan gambar kelihatan cacat dan tidak asli. Anda akan ditunjukkan beberapa cara yang betul bagi mendapatkan kesan gambar yang sempurna. |
Untuk semua pelajaran di atas, peserta akan diberikan latihan praktikal bagi setiap pelajaran yang diajar. Peserta akan dibimbing oleh tutor berpengalaman. Peserta akan dipastikan faham subjek yang diajar sebelum pelajaran seterusnya disambung. |
| Dengan
peserta berjumlah kecil dan konsep bengkel yang semi formal, interaksi
dan soal jawab yang aktif akan membolehkan lebih banyak subjek lain
yang berkaitan yang akan disentuh dalam kursus ini. Jadi, subjek
yang akan dibincangkan tidak hanya terhad kepada perkara yang disenaraikan
seperti di atas semata-mata. |
GAMBAR-GAMBAR SEMASA BENGKEL ASAS PHOTOSHOP YANG TELAH DIADAKAN:


Untuk melihat lain-lain gambar peserta bengkel yang telah diadakan sebelum ini, SILA KLIK DI SINI
NILAI UNTUK WANG ANDA
| 1 |
Jumlah
peserta yang kecil, membolehkan jurulatih memberikan tumpuan yang
lebih kepada setiap peserta, mewujudkan suasana pembelajaran yang
lebih menggalakkan serta interaksi yang lebih berkesan |
| 2 |
Anda
berpeluang bertanya soalan terus kepada pakar dalam bidang ini pada
setiap bahagian pelajaran |
| 3 |
Bilik latihan berhawa dingin dan selesa, lengkap dengan semua peralatan bantu mengajar. |
| 4 |
Selain dari jurulatih utama, program ini akan turut dibantu oleh pembantu jurulatih yang akan membantu setiap peserta agar lebih faham. |
| 5 |
Nota
akan diberikan kepada setiap peserta |
| 6 |
Setiap peserta akan diberi tugasan untuk setiap pelajaran yang diajar. Dengan ini, peserta akan lebih faham. Tutor akan memastikan peserta benar-benar faham sebelum subjek seterusnya disampaikan. |
| 7 |
Sijil
penyertaan akan diberikan kepada setiap peserta |
| 8 |
Jamuan
ringan setiap 2 jam. Makan tengahari juga disediakan |
Kemudahan yang lengkap dan selesa di Pusat Latihan FOTOTEACHER.COM, Cheras, Kuala Lumpur.

Ruang pembelajaran yang lengkap dan selesa

Ruang rehat dan ruang makan
YURAN PENYERTAAN
BENGKEL ASAS PHOTOSHOP (BAP)
| HARGA BIASA |
Harga
Pendaftaran Melalui SYARIKAT atau JABATAN KERAJAAN
Buat bayaran penuh dalam tempoh 14 hari SELEPAS menghadiri kursus. P.O./L.O. diperlukan untuk tempahan tempat
|
RM800.00 |
Harga
Biasa INDIVIDU
Anda boleh buat bayaran penuh atau bayaran tempahan sebanyak 30% dari nilai yuran (tidak dikembalikan) dan baki bayaran penuh hendaklah dibuat 10 hari sebelum program bermula. |
RM500.00 |
HARGA DISKAUN
Anda layak mendapat diskaun seperti yang dinyatakan sekiranya anda tergolong dalam salah satu dari kategori yang dinyatakan di bawah. Bayaran penuh hendaklah dibuat bagi mendapat diskaun. |
Harga Bekas Peserta Program AFD FOTOTEACHER
Sekiranya anda pernah menghadiri program AFD anjuran FOTOTEACHER (tidak layak untuk peserta yang dibayar oleh Jabatan Kerajaan atau Syarikat Swasta)
Harga Diskaun Peserta dari Luar Kuala Lumpur
Sekiranya anda datang dari kawasan dengan jarak sekurang-kurangnya 300 km dari pusat bandar Kuala Lumpur. Sila sertakan bukti seperti tiket kapal terbang, resit tol, tiket bas dan sebagainya.
Harga
Diskaun KUMPULAN
Sekiranya anda mendaftar dalam kumpulan - 2 orang atau lebih dalam
satu kumpulan. Bayaran penuh untuk seluruh ahli kumpulan hendaklah dibuat dalam satu transaksi sebelum menghadiri kursus
Harga
Diskaun PELAJAR, ORANG KURANG UPAYA, IBU TUNGGAL & PESARA
Sila sertakan bukti sah status anda bagi mendapat diskaun istimewa ini. |
RM460.00 |
Laptop computer tidak disediakan. Sila bawa laptop computer anda sendiri samada PC atau Mac, siap dengan perisian Adobe Photoshop (sebarang versi)
MESEJ
DARI FOTOTEACHER
Rakan yang dihormati,
Program ini adalah satu program yang mengambil masa yang paling lama untuk saya siapkan. Ini kerana saya perlu membuat kajian tentang bagaimana cara terbaik dan berkesan untuk mengajar Photoshop kepada jurugambar.
Setelah perbincangan dengan rakan-rakan jurugambar lain yang pakar dalam Photoshop, saya telah dapat simpulkan satu kaedah yang terbaik, mudah dan cepat untuk mempelajari Photoshop.
Dalam bengkel ini, penekanan diberikan agar anda dapat menghasilkan gambar mengikut standard fotografi sebenar dengan penggunaan Photoshop. Anda bukan sahaja diajar aspek teknikal, tetapi apa yang lebih penting ialah anda akan diberi kefahaman dari aspek seni fotografi dan juga senireka grafik.
Seperti program anjuran fototeacher.com yang lain, falsafah kami adalah untuk memberikan kefahaman yang kukuh tentang asas sesuatu bidang, bukannya mengajar segala perkara serba sedikit semata-mata untuk menarik perhatian peserta. Anda boleh lihat, syllabus kami nampak ringkas, tetapi terperinci. Kami meletakkan target yang realistik kerana pemahaman anda adalah keutamaan kami.
Dengan menyertai program anjuran fototeacher.com, anda boleh yakin untuk dapat yang terbaik berdasarkan track record kami sebelum ini yang telah mengadakan lebih dari 200 program latihan fotografi yang berjaya dan telah disertai lebih dari 2000 orang peserta.
Jumpa anda nanti!
Hasnuddin
Abu Samah,
- Panel Penasihat Teknikal, Bengkel
Asas Photoshop
- Pengarah Urusan
fototeacher.com
(fototeacher.com dimiliki sepenuhnya oleh Adan Impresif Sdn. Bhd.) |
 |