Program Khas untuk Bekas Peserta AFD, BPF & KPFP
REUNION fototeacher.com
KOD PROGRAM - RF


PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!

10 Januari 2009 (Sabtu)



REUNION fototeacher.com


Aktiviti santai untuk bekas peserta kursus fototeacher.com bagi mengeratkan jaringan hubungan, memperbaiki kemahiran dan aktiviti merakam gambar model.



MAKLUMAT TERPERINCI PROGRAM

Program REUNION fototeacher.com
Durasi 1 hari
Tarikh 10 Januari 2009 (Sabtu)
Masa 9.00 pagi - 5.00 petang
Tempat Shah's Village Hotel,
No. 3 & 5 Lorong Sultan, 46200 Petaling Jaya, Selangor.
Lihat peta lokasi di sini
Bahasa perantara Bahasa Melayu
Jumlah peserta Eksklusif untuk 30 orang sahaja
Syarat penyertaan Penyertaan dibuka hanya kepada bekas peserta program Asas Fotografi Digital (AFD), Bengkel Portable Flash (BPF) dan Kursus Profesional Fotografi Perkahwinan (KPFP) yang telah mahir aspek teknikal fotografi.
Peralatan yang perlu dibawa

1) Set kamera DSLR
2) Buku manual kamera anda
3) Buku nota
4) 5 keping gambar terbaik anda dalam CD
5) Laptop (jika ada) untuk transfer gambar
6) Blank CD untuk memuatkan gambar



AKTIVITI

9.00 pagi
PENDAFTARAN
TAKLIMAT RINGKAS
9.30 pagi
PRAKTIKAL 1
(SESI MERAKAM GAMBAR PEMANDANGAN)
Peserta akan membuat latihan praktikal merakam gambar pemandangan dan sebarang objek di sekitar hotel dengan bimbingan jurulatih
11.00 pagi
SARAPAN PAGI
11.30 pagi
SESI KRITIK 1
Peserta dikehendaki membawa 5 keping gambar terbaik mereka. Gambar ini akan diberi komen, bagaimana ianya boleh diperbaiki. Sesi ini akan disertai dengan demonstrasi teknik oleh jurulatih
1.00 petang
MAKAN TENGAHARI
2.00 petang
SESI KRITIK 2
Gambar dari sesi PRAKTIKAL 1 akan dipertontonkan kepada semua peserta. Jurulatih akan memberikan komen kepada gambar tersebut. Jurulatih juga akan memberikan tips untuk memperbaiki mutu sesuatu gambar.
3.00 petang
SESI SOAL JAWAB
Peserta boleh bertanya sebarang soalan mengenai teknikal, artistik, teknik dan lain-lain berkaitan fotografi.
3.30 petang
PRAKTIKAL 2
(SESI MERAKAM GAMBAR MODEL)
3 orang model akan disediakan. Peserta akan dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk merakam gambar model dengan teknik bebas.
5.00 petang
BERSURAI


Lokasi program REUNION fototeacher.com di Shah's Village Hotel, Petaling Jaya, Selangor.



Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Rakan-rakan yang dihormati sekelian, tujuan utama saya mengadakan program ini adalah sebagai menghargai sokongan dan kepercayaan anda semua selama ini kepada fototeacher.com. Program ini hanya dibuka untuk bekas peserta AFD, BPF dan KPFP sahaja! Sebagai menghargai jasa anda, kami cuma mengenakan caj minimum, dengan sebahagian besar kos program ini akan ditaja oleh pihak fototeacher.com

Program ini juga bolehlah dianggap sebagai re-union antara saya dan anda semua yang pernah belajar di fototeacher.com. Saya ingin tahu perkembangan anda dalam fotografi dan ingin terus membantu ke arah perkembangan anda dalam bidang ini.

Program santai ini akan diadakan di sebuah 'village hotel' bersebelahan kolam renang dan taman dengan suasana yang tenang. Selain dari belajar, saya berharap, peserta dapat berseronok, bersosial dan membina jaringan kenalan dengan rakan jurugambar yang lain. Kita akan makan-minum dan melakukan semua aktiviti dalam suasana di resort. 3 orang model akan turut disediakan bagi membolehkan anda mempraktikkan kemahiran komposisi terutamanya dalam rakaman potret.

Secara komersial, kami akan mengenakan yuran sebanyak RM450.00 seorang untuk program sebegini. Tetapi, sebagai satu bentuk 'memberi balik' kepada individu penting seperti anda, kami cuma mengenakan caj minimum sebanyak RM 50.00 seorang sahaja! (Penyertaan dibuka hanya untuk bekas peserta AFD, BPF dan KPFP) Kami mengenakan caj minimum ini supaya peserta dapat memberikan komitmen untuk hadir dan supaya yang betul-betul berminat sahaja yang akan hadir.

Jumpa anda nanti!

Salam hormat dari:
Hasnuddin Abu Samah,
fototeacher.com

PENDAFTARAN DIBUKA SEKARANG!

10 Januari 2009 (Sabtu)

YURAN PENYERTAAN - RM 50.00 SEORANG
- Termasuk sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang
(Penyertaan dibuka hanya untuk bekas peserta AFD, BPF dan KPFP)

Jika anda berminat, sila daftar segera. Hanya peserta yang telah mendaftar dan membuat bayaran sahaja akan disahkan penyertaannya. Cepat, tempat terhad!

DAFTAR SEKARANG!

PENTING
Sila cetak halaman ini dan simpan sebagai rujukan anda. Ini bagi memastikan anda tidak tersilap, terlupa atau terkeliru dengan fakta yang telah dinyatakan di atas




Hakcipta Terpelihara - fototeacher.com