| Syarat Dan Peraturan Program FOTOTEACHER.COM |
1 |
PENGESAHAN PENYERTAAN
Hanya
peserta yang berdaftar dan telah menjelaskan bayaran sahaja
akan disahkan penyertaannya. Pendaftaran tanpa bayaran, tidak
boleh dianggap sebagai tempahan muktamad. Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terawal membuat bayaran |
2 |
LARANGAN RAKAMAN AUDIO/VIDEO
Sebarang bentuk rakaman audio dan/atau video adalah dilarang sama sekali semasa menyertai program yang diadakan bagi melindungi hakcipta program kami. Rakaman audio dan/atau video hanya dibenarkan untuk latihan praktikal semasa program berkenaan video dan audio sahaja. |
3 |
LAIN-LAIN HAKCIPTA
Material slide presentation (sekiranya digunakan) adalah di bawah kawalan hakcipta FOTOTEACHER.COM dan tidak akan diberikan kepada peserta. Nota-nota yang diedarkan kepada peserta (sekiranya ada) hanyalah untuk kegunaan peserta sendiri dan tidak dibenarkan dikeluarkan semula dengan apa juga cara sekalipun. |
4 |
PEMBATALAN PROGRAM
Segala
langkah yang sewajarnya akan diambil bagi memastikan program
yang dianjurkan adalah seperti yang diiklankan. Namun, pihak
fototeacher berhak membatalkan
program yang diiklankan. Sekiranya program dibatalkan oleh pihak kami, tanggungjawab kami hanya terhad kepada
memulangkan kembali bayaran yang telah dibuat oleh peserta. Pemulangan wang akan dibuat dalam tempoh 14 hari selepas pembatalan program diumumkan. |
5 |
TIDAK HADIR PROGRAM
Yuran yang telah dibayar oleh peserta tidak akan dipulangkan sekiranya peserta tidak hadir pada tarikh program, atas apa jua sebab, sekiranya tidak memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis, 14 hari sebelum tarikh program diadakan. Namun, dalamkes-kes tertentu dan dengan bukti yang kukuh, pihak kami boleh menggunakan budi bicara di dalam hal ini dengan menawarkan pilihan seperti di bawah ini: |
6 |
PESERTA TUKAR TARIKH/PROGRAM
Peserta yang tidak dapat hadir pada tarikh yang ditetapkan, hendaklah memaklumkan kepada pihak kami secara bertulis, 14 hari sebelum tarikh program diadakan. Tiada wang akan dikembalikan. Namun, peserta tersebut boleh hadir pada program lain yang sama pada masa akan datang. Peserta juga boleh hadir ke program bertajuk lain yang mengenakan yuran penyertaan yang sama nilai dengan program asal. Tiada wang akan dikembalikan jika yuran penyertaan adalah lebih rendah. Untuk yuran penyertaan yang lebih tinggi, peserta perlu menambah dari yuran yang telah dijelaskan sebelum ini. |
7 |
MENGGANTIKAN PENYERTAAN DENGAN INDIVIDU LAIN
Sekiranya peserta tidak dapat atau tidak ingin hadir ke program yang ingin disertai, peserta boleh menggantikan penyertaannya dengan individu lain yang sama status dengannya . Contohnya, peserta yang mendapat diskaun sebagai status pelajar; jika tidak dapat atau tidak ingin hadir, cuma boleh melantik individu lain yang berstatus pelajar juga bagi menggantikan tempatnya. Sekiranya peserta ingin menggantikan dirinya dengan peserta lain dengan status yang berbeza, tambahan harga yang sepatutnya hendaklah dijelaskan. Untuk perbezaan harga yang lebih rendah, pihak kami tidak akan memberikan sebarang pemulangan wang yang telah dibayar. |
8 |
DISKAUN EARLY BIRD
Diskaun early bird atau bayaran awal (sekiranya ditawarkan) hanya sah untuk bayaran
yang telah dijelaskan sebelum tarikh akhir yang ditetapkan. |
9 |
DISKAUN-DISKAUN LAIN
Untuk mendapatkan harga diskaun yang ditawarkan, pihak kami berhak menuntut bukti atau dokumen
yang diperlukan bagi membuktikan sesuatu tuntutan. Tanpa
bukti yang sah, sebarang tuntutan tidak akan dilayan. |
10 |
LAIN-LAIN SYARAT
Sekiranya
terdapat kekeliruan atau perkara yang tidak disentuh di dalam
senarai syarat dan peraturan ini, pihak fototeacher.com berhak
membuat keputusan muktamad ke atas sebarang isu yang timbul. |
| Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-91017155 atau e-mel fototeacher@gmail.com |